Satu malam, ketika aku sibuk melayan kerenah anak sedara, terdengar handphone Nokia ku menyanyi...(handpon sekarang mana ada lagi yang berdering..semua stok menyanyi) bunyinya kayak gini:
To sing me the song..and..bla.bla.bla..
Tik! aku menekan button answer call.
Assalamualaikum..
Ha..D (Bukan nama sebenar)..apa khabaq? Cana hang kat sana? Bla..bla..Kata hang nak p training kat Tut (bukan nama syarikat sebenar), bila tu?
(Ehem..apasal rasa cam aku cakap sorang? Takde la..mana ada..pertanyaan itu semua berjawab oleh si pemanggil) Yang aku nak fokuskan di sini bukan omong biasa2..Ini series..ini series..aku pun pasang telinga betul-betul. Kali ini giliran si pemanggil bercakap dan aku selayaknya menjadi pendengar yang setia...ouh..)
"An..aku dah tau pasai pa selama ni aku low confident, stress bla..bla..sebab ada gangguan. Aku pun pelik sebelum ni sebab pa aku selalu ketaq, menggigil, sejuk dan pucat secara tiba-tiba bila p interview. Bahkan kalau bercakap dengan jiran-jiran pun aku boleh jadi takut. Tengok kucing pun takut macam nak gila.."
"Aku ada p jumpa seorang ustaz dekat rumah aku ni, jangan cakap kat orang (pesan Si D, tapi dia lupa nak pesan; jangan tulis dalam blog! Hehe..tak salahkan? Lagipun identitinya aku rahsiakan) dia dah 'scan' aku (Aku tak tau la plak cemana ustaz tu scan kawan aku tu, mungkin lebih canggih dari hospital besar sebab boleh nmpak makhluk halus kan..Ini series)
Ok seterusnya cerita Si D begini..
"Masa ustaz tu scan aku, aku rasa sakit yang teramat (dengan sepenuh perasaan menceritakan). Padahal dia cuma pegang tangan saja. Masa tu husband aku ada. Then, dia sentuh bahagian pinggang, aku rasa macam pinggang aku dicucuk dengan pisau..sakit sangat an..Aku sangkakan kuku dia tajam gila tapi lepas scan tu tengok kuku dia bersih ja baru lepas potong. Dah selesai scan tu, dia bagitau aku yang aku kena sihir...benda tu (makhluk halus) masih menguasai aku. Dia bagi aku CD ayat-ayat al-Quran untuk usir jin. Dia suruh amalkan ayat La haula quwwata illa billahil aliyyil 'azim sebanyak mungkin then adalah zikir-zikir lain. Sekarang aku rasa ok sket.
Sebenarnya perkara ni dah lama...sejak aku form 3 lagi. Aku dah tak sanggup diganggu lagi..aku dah banyak terseksa. Aku nak hidup aku macam dulu..bebas tak tertekan..aku akan usaha jugak macam mana pun.
Actually panjang lagi perbualan kami berdua..cuma dipendekkan ceritanya.
Pengajaran dari cerita kali ini ialah:
Pertama: Jangan lah kita menghancurkan hidup orang lain kerana kita tidak mendapat apa yang dihajati. Nasib setiap manusia tidak sama. Masing-masing ada ketentuannya. Tidakkah kita percaya? Apa manfaat yang seseorang itu dapat jika dia memusnahkan kesejahteraan orang lain. Hanya kepuasan nafsu amarah syaitan. That's all. Unreasonable thing! Isn't it?
Kedua: Bila seseorang berceritakan kepada kita tentang gangguan makhluk halus, jangan u all kata itu cuma perasaan dia sahaja..Ini series! Tidakkah kita percaya bahawa Allah juga menjadikan jin dan syaitan? Ada jin baik ada jin jahat. Yang jahat kejenye ngaco orang la. Kalau lah Allah buka hijab penglihatan kita semua supaya boleh melihat benda-benda ghaib, gerenti we all tak lalu nak bergerak, makan atau buat apa-apa aja sebab toleh kiri nampak jin, toleh kanan nampak jin, bawa kereta terlanggar jin. Nak makan nampak muka jin yang hodoh..bla..bla..n bla. Tapi sungguh Allah Maha Bijaksana, penglihatan kita terhijab. Alhamdulilah..tapi yang tak syoknya mereka nampak kita..That's why mandi kena cover2 jugak..kalau tak pecah perut jin tengok kita..mampus la jin..peduli apa aku.
Ketiga: Jika ada di kalangan rakan-rakan, sedara mara atau pembaca sendiri yang mengalami sepertimana yang dialami oleh kawan rapat saya, jangan berdiam diri..pergi la jumpa ustaz2 yang pakar dan mengamalkan perubatan mengikut landasan Islam. Yang penting kebergantungan kita kepada Allah 'Azza wa Jalla.
Keempat: Selalulah mengamalkan ayat La haula quwwata illa billah....kerana ayat ini disarankan oleh Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya Abu Dzar r.a. Justeru kita sebagai umatnya, eloklah menjadikan saranan baginda sebagai amalan. Ku peringatkan diriku sendiri yang selalu alpa...ouh..rindunya ketika zaman belajar di universiti. Diri ini sentiasa diawasi teman-teman yang mujahadah dengan sunnah baginda..isk..isk..
Setakat ini sahajalah cerita ku...moga ada manfaatnya. Insya Allahu ta'ala.
Admin
Deskripsi Blog
Blog Sutera Hijau dibangunkan sebagai medan
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
Jumlah Akses
Laman Sosial
Rakan Blog
Indeks
- Al-Kisah (3)
- Fakta (1)
- Hari Guru (1)
- Isu (2)
- Jangan tak bace (1)
- Jom ubah sikap... (3)
- kebenaran (1)
- lonely is dangerous (1)
- Mana-mana ada jin (1)
- mari berdakwah... (1)
- Mari muhasabah diri (3)
- Pengetahuan (1)
- Rinduku..bilakan terubat (1)
- Surat cinta (1)
- Tentang cinta (1)
- zuhud (1)
Blog Bacaan
-
-
-
Dunia Baru (Part 3)8 years ago
-
-
Israk Dan Mikraj Daripada Hadis-hadis Sahih10 years ago
-
ReSePi : PaVLoVa11 years ago
-
When....12 years ago
-
Pintu Syurga VS Pintu Neraka12 years ago
-
To be the best13 years ago
-
Kuih Tepung Gomak15 years ago
-
-
Labels:
Mana-mana ada jin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN