2 Jun 2009
11.25 p.m

Hari ini telah masuk 5 hari aku bercuti di rumah..Jujur ku katakan..hati ini masih berada di Sekolah Al-Azhar. Wajah-wajah anak murid tersayang masih berlegar di minda. Telatah rakan guru seperjuangan masih ligat bermain di ingatan. Entah bila lagi dapat beramah mesra dengan mereka. Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas sehinggakan tidak terlaksana beberapa rancangan yang telah well-planned. Hmmm..aku sedang menghitung hari..detik demi detik, saat keberangkatan ke Universiti Malaya.
Entah bagaimana rasanya hidup di tempat orang. Lebih-lebih lagi hidup di kota yang penuh ranjau dan onar yang menguji keimanan. Semoga Allah kentalkan peribadiku agar tidak mudah terikut dengan anasir-anasir yang tidak sihat. Aku sentiasa memohon agar dikurniakan sahabat-sahabat yang boleh memimpin aku ke jalan yang diredhai-Nya. Tidak kira tua atau muda, yang namanya sahabat, bukanlah bersyaratkan umur atau pangkat darjat. Asalkan seseorang itu soleh dari segi akhlak, amalan dan i'tiqadnya, hatiku aman bersahabat dengannya.

Menyentuh soal persahabatan, teringat aku kepada sahabat-sahabat seperjuangan ketika belajar di UUM. Sungguh benar, sahabatlah yang mencorakkan diri kita ketika berjauhan dari keluarga. Pengaruh sahabat sangat hebat. Ada chemistry la katakan..Maka tidak hairanlah Rasulullah juga ada menekankan perihal memilih sahabat. Jika buruk akhlak sahabat kita, maka akan buruk jua akhlak kita vice versa. Aku bersyukur sangat kepada Allah Ta'ala kerana Dia telah menganugerahi aku sahabat-sahabat yang masing-masingnya berperwatakan hebat sehingga lah diriku yang ada pada hari ini adalah adunan daripada chemistry keperibadian sahabat-sahabatku. Sahabat-sahabat yang kumaksudkan bukanlah teman sekuliah atau teman satu study group semata-mata, tetapi terdiri daripada pensyarahku sendiri dan sahabat dari bidang yang berbeza. Ada juga sahabatku yang cuma seminggu sahaja bersamanya, tetapi memberikan impak yang sangat berkesan dari segi penambahan ilmu dan kemanisan iman. Allahu Akbar!

Sungguh Allah Maha Bijaksana mengaturkan pertemuan dan perpisahan. Aku teramat rindu dengan pertemuan-pertemuan seumpama itu. Biarpun sementara cuma, tetapi mencetuskan sesuatu yang positif. Insya Allah masih ada peluang...biarlah masa memainkan peranannya.

Huh..entah kenapa hatiku terus terpaut dengan suasana keimanan di Al-Azhar. Masjid yang tersergam indah, sentiasa menanti hamba-hamba Allah yang hatinya terikat dengan keberkahannya. Masjid yang sentiasa hidup, sepi daripada kesunyian (means tak pernah lengang..). Ada sahaja tetamu Allah yang berkunjung. Pemuda-pemudi yang utuh kesedaran akan kepentingan amalan sunnah. Acap kali bacaan ayat-ayat suci kedengaran memenuhi ruang legar teratak ilmu itu. Biarpun infrastruktur dan prasananya sederhana, namun kaya dengan amalan-amalan mulia...Doaku semoga lahir mujahid mujahidah yang memperjuangkan hukum Allah di seluruh pelosok Malaysia ini. Semoga lahir jiwa-jiwa yang sejahtera dari kejahatan sebaliknya sentiasa mekar dengan zikrullah dan sarat dengan keinsafan. Semoga lahir peribadi-peribadi yang diibaratkan seperti Quran yang berjalan di atas muka bumi Allah. Semoga lahir ulama-ulama yang sentiasa berpaksikan dengan yang haq, dan berani kerana haq.

Biarpun tiada termakbul angan-anganku untuk senang lenang dengan kerjaya sebagai seorang guru di Al-Azhar disebabkan dana yang tidak seberapa untuk membolehkan pendapatan guru-guru dinaikkan, namun, segala ilmu, keinsafan, keberkatan yang aku perolehi tidak ternilai harganya. Bagiku sudah cukup. Aku tidak pernah kesesakan wang ringgit. Malah aku mampu membeli aset-aset yang bernilai yang memberikan kemaslahatan kepada penghuni di rumahku hasil daripada pendapatan yang aku terima. Sungguh, ada keberkatannya. Jika tidak kerana desakan keluarga agar aku melanjutkan pelajaran, pasti aku akan terus berkhidmat di teratak ilmu itu. Tempat yang bukan sahaja untuk aku mencurahkan ilmu, tetapi juga sebagai lombong untuk aku mendulang ilmu. Masha Allah!

Ketika memberi aku juga menerima. Bersyukurnya aku kerana ditakdirkan mengajar subjek Sains. Dengan Sains lah minda anak-anak akan terbuka apabila disedarkan dengan kebesaran Allah mencipta dan mengatur makhluk sama ada makhluk yang berupa living things or non-living things. Justeru, peluang mengajar Sains juga adalah peluang untuk berdakwah jua. Rugilah jika guru-guru Sains yang beragama Islam tidak memanfaatkan tanggungjawab ini sebagai medan untuk berdakwah. Alangkah rugi..oh..ruginya.. Sains sangat berkait rapat dengan ilmu ketuhanan iaitu Tauhid. Melalui alam lah logik akal kita boleh menerima akan adanya sesuatu yang menjadikan dan mengaturkannya. Akal orang non-Muslim juga boleh terima, walakin, ego punya hal, mereka memutar belitkan kenyataan. Oh...hapraknya.

Oh..penglihatanku semakin kabur. Mataku kerap kali berkedip. Alamatnya..diri ini sudah mengantuk..walhal jari jemari masih lagi ligat menaip. It's 12 midnight now! Well then, for the sake of my body, I will stop typing. Kebajikan tubuh badan pun kena jaga. Jasad ini adalah pinjaman dari Allah jua, so we have to take care of our body so that it will serve in the right way. Kalau sakit, apa pun tak seronok. Dan lebih tak seronok jika tak larat nak beribadat. Am I right? Yes, you're right! So, please stop typing then!!! Ok2. Wallahua'lam.

1 comments:

Salam ziarah, salam mahabbah, salam tarbiyyah...
Ana tersentuh sgt bila baca post mlmh nie.. Setiap sesuatu yang bermula pasti ada penghujungnya, begitulah juga dgn pertemuan kita.. Mlmh halalkanlah segala kekhilafan diri ana yang lemah lg dhaif ini.. Halalkan jugak semua ilmu yg mlmh berikan..Insya-Allah dgn izinNya kita akan bertemu lagi.. Jika tidak di bumi tuhan mudah-mudahan di syurga-Nya nanti... wasalam...(kenang ku dalam doamu)

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN