Sambil mengibas-ngibas laptop dengan bulu...errr..bukan bulu ayam sebat budak, bulu yang direka khas untuk buang dust kat komputer..macam blusher pipi tu..tapi yang aku tengah sebat ni bukan habuk, semut gatal la...alahai semut, punya lah luas bumi Allah, laptop aku jugak dia nak bermastautin...peh..sudak banyak yang kena ribas, tapi masih ada yang merayap keluar dari celahan keyboard..rosak kang laptop ni sapa yang nak bertanggungjawab? Tak sedar dek untung btul semut ni..

What's the rational that I babling to the know nothing ants? Hmmm...nonsense! Tapi geram jugak la..dah banyak kali semut-semut merah ni angkat geng menginap dalam laptop aku.

Tengok tu..ada lagi..kali ni libas kuat sikit! yargh!!!
Apa pun, sambil aku melibas semut-semut tu..ku teruskan jua menaip...

ALIKISAH..(Ali kisah tapi Aiman tak kisah),
Anak-anak sedara aku (4 beradik) tidur di rumah semalam..tapi petang ni..mereka dah nak pulang..

Budak-budak tu ajak aku main batu tujuh (batu sambut? batu seremban? Whatever it called)..Aku pun, dengan niat tidak mahu mengecewakan harapan mereka..bersilalah aku dalam bulatan menyertai permainan tersebut..(dah lama tak main, tangan ku berasa kekok la pulak).

Pada mulanya anak sedara aku yang sulung mengatasi semua pemain yang ada...termasuk jugaklah aku dipintasnya..huh..what a shame indeed..

Kemuncaknya di sini..
Apabila jumlah mata yang aku perolehi mengatasi mereka semua..(dah terer sikit, tadi baru nak warm up)..Maka timbul lah bibit-bibit kekecohan di kalangan anak-anak sedara...ouh! sedey nya..(busuk hati betul budak-budak tu..)

Maka aku pun memulakan peranan umpama seorang naqib di dalam satu halaqah...
Setelah aku menegur budak-budak tu agar bersikap jujur..dan menerangkan akibat menipu..aku tampil dengan tema permainan (ubah suai tema Wonder pets)..sebab budak2 tu suka sangat Wonderpets..ikut kesesuaian la kan...

APA yANG PENTING???
Pada mulanya budak-budak tu sambut pertanyaan dengan melaungkan kalimat..
KEJEEESAMA!!!

Tak..bukan..macam ni..
APA YANG PENTING???
KEJUUUJURAN!!!
Hehe...

Maka apabila ada peserta permainan (terutamanya anak sedara aku yang number 2 tu..) cuba untuk kecoh..maka sama-sama kami laungkan tema tersebut..terus je dia masam muka..haha..
Maka aku pun terus berkalam lagi...

Jujurlah..walaupun pahit..(Ada riak wajah ketidakfahaman akan kalam aku itu..maka ku jelaskan lagi...)
Memang tak syok kalau kalah main...tapi suka ka kalau orang tau kita menang sebab kecoh? Allah tak suka orang menipu..Dosa tau menipu...

Lambat laun budak-budak tu akan faham lah hendaknya...Insya Allah..Ku panjatkan doa kepada Allah Azza wa Jalla agar diberikan hidayah kepada keluarga dan keturunan Abdul Halim..Amin..

Habis...
Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN