بسم الله الرحمن الرحيم
Urusniaga jual beli tidak lari dari kehidupan kita. Kalau tidak berlaku urusniaga, pasti survival kita akan berdepan dengan masalah. Kalau tak ada orang yang nak jual beras misalnya..larat ke kita nak semai benih padi? pastu kena bercucuk tanam. Bila besar sikit padi tu, nak kena letak baja, nak kena jaga daripada serangan pesticide, justeru kena sembur racun pests..nak tunggu musim menuai lagi..bukan sekejap..lebi kurang 3 bulan tuuu..alamatnya, semua kaum kerabat sempat jadi mayat dulu sebelum berpeluang makan nasi hasil tanaman sendiri..ouh..malangnya..
Yang lebih malang, keluarga aku yang tanam padi berelung-relung tak pernah pulak buat beras dan makan beras yang diekstrak dari padi sendiri...huh..
Maka di sinilah pentingnya urusniaga! Hmm..yang aku nak fokuskan di sini ialah salah satu subtopik dalam fiqh muamalat iaitu akad jual beli. Dalam hidup kita sebagai Muslim, bukan nak kahwin je kene akad, nak berjual beli barang juga kena berakad.
Kalau kita jual barang kita kena cakap:
"Jual barang."
Kalau kita beli barang (tak kira lah dari tauke Islam, hindu or buddha) kena cakap:
"Beli barang"
Selalunya kita dengar akad yang berbunyi begini:
Kalau orang kedah:
"Saya jual barang na..."
"Saya beli barang na..."
Atau pun begini:
"Jual na.."
"Beli na.."
Kalau orang Kelantan:
"Ambo jual deh.."
"Ambo beli deh.."
Itu semua dikatakan sebagai uruf dalam akad. Tidak mengapa..sah akad tu..
Jelaskan sikit APA KEPENTINGAN AKAD DALAM URUSNIAGA???
(Kamera..1,2,3 action..ehem..perasan macam jadi ahli panel la plak)
(Dengan lagak umpama seorang ahli panel yang sedang duduk di kerusi forum..aku berhujah..)
Sebenarnya generasi pada hari ini telah lupa atau sengaja memandang remeh dengan amalan akad ini...Kalau kita mengimbau zaman orang-orang dahulu, amalan akad ini tidak lekang dari bibir mereka..
Bukanlah menjadi haram sesuatu barang jika tidak dilafazkan akad..tetapi TIDAK ADA BARKAHNYA! (Ini series..bila keluar ayat yang di capitalize)
Sedangkan menyembelih ternakan untuk dijadikan korban atau akikah pun kita harus berakad..kenapa mesti diabaikan akad jual beli yang menjadi 'rutin' sebahagian daripada kita hari ini..(Especially..sape-sape yang selalu melawat kedai runcit atau kaki shopping).
Maka saya menyeru kepada saudara muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian (Aku menyeru kepada sesiapa yang menjengah ke blog Sutera Hijau ini...), marilah kita hidupkan amalan akad ini kerana
PERTAMA: Ia adalah salah satu daripada sunnah.
KEDUA: Selain mencari nikmat (makanan, pakaian dsb) yang halal untuk diri sendiri atau anak isteri, kita juga perlu mencari keberkatan dalam nikmat yang kita gunakan.
Habis hujah ku...
AYUH PEMUDA-PEMUDI, PETUA-PETUI (bahasa apa ini?),
MARILAH SAMA-SAMA KITA HIDUPKAN AMALAN MENYEBUT AKAD JUAL BELI SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH.
HANYA DUA PERKATAAN MUDAH, LAFAZLAH...
Saya jual...(Oops, bukan jual blog na..)
Saya beli...
(Rasa macam berkempen la plak..hehe)
Semoga ada manfaatnya...
Wallahua'lam.
Admin
Deskripsi Blog
Blog Sutera Hijau dibangunkan sebagai medan
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
Jumlah Akses
Laman Sosial
Rakan Blog
Indeks
- Al-Kisah (3)
- Fakta (1)
- Hari Guru (1)
- Isu (2)
- Jangan tak bace (1)
- Jom ubah sikap... (3)
- kebenaran (1)
- lonely is dangerous (1)
- Mana-mana ada jin (1)
- mari berdakwah... (1)
- Mari muhasabah diri (3)
- Pengetahuan (1)
- Rinduku..bilakan terubat (1)
- Surat cinta (1)
- Tentang cinta (1)
- zuhud (1)
Blog Bacaan
-
-
-
Dunia Baru (Part 3)8 years ago
-
-
Israk Dan Mikraj Daripada Hadis-hadis Sahih10 years ago
-
ReSePi : PaVLoVa11 years ago
-
When....12 years ago
-
Pintu Syurga VS Pintu Neraka12 years ago
-
To be the best13 years ago
-
Kuih Tepung Gomak15 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN