Muqaddimah: Masih ku ingat senario belajar di sebuah IPTA...Bermacam-macam gelagat siswa-siswi yang boleh dilihat, dianalisis, diikut dan ditegah. Pokok pangkalnya...segalanya berdasarkan kepada kehendak dan/atau pertimbangan akal dan/atau iman di hati. Pilihan terletak di tangan kita...

Fokus kali ini ialah menyentuh tentang sikap siswa-siswi Melayu kita di IPT. Kebanyakan pelajar-pelajar Melayu kita terlalu 'humble' dan mudah 'surrender'.
Berbanding dengan pelajar-pelajar yang berbangsa Cina, mereka lebih proaktif dalam pelajaran. Padahal, bukanlah semua pelajar Cina di Universiti cerdik pandai belaka tetapi atas kesedaran dan disebabkan mereka sentiasa berpijak di bumi nyata.

Mereka tidak segan silu meminta dan merayu pertolongan daripada rakan-rakan yang berlainan bangsa malahan daripada pensyarah sendiri..mereka tidak menangguh-nangguhkan assignment...jika tidak memahami sesuatu di dalam kuliah, mereka dengan yakinnya mengangkat tangan dan terus mengutarakan soalan kepada pensyarah.. hebat-hebat.

Sebaliknya, pelajar Melayu, sentiasa bersikap lemah..mudah menyerah kalah..ego..Apa yang membelenggu pelajar-pelajar Melayu? Soal Maruah? Tergadaikah maruah apabila kita meminta pertolongan jika kita benar-benar memerlukan? Adakah mengaibkan jika kita menonjolkan diri dalam dunia belajar? Huh..Tak faham aku..sungguh tak faham..

Memang benar, di dalam Islam, kita perlu memikirkan kepentingan orang lain...
kita mungkin terfikir bahawa kita tidak mahu menyusahkan orang lain..
kita mungkin terfikir bahawa rakan-rakan lain akan sinis dengan kita jika menonjol dalam pelajaran..
kita mungkin terfikir bahawa kita akan kelihatan riak/belagak/over pada pandangan orang lain..
kita mungkin terfikir bahawa diri kita akan menjadi sindiran rakan-rakan..
kita mungkin terfikir bahawa kita punca kepada lahirnya kedengkian rakan-rakan lain..

See? Orang Melayu termasuk penulis terlalu caring dengan pandangan dan pemikiran orang lain! Di mana kita letak diri kita?

Jawapannya: (Ini pandangan penulis, anda boleh bersetuju ataupun tidak)
PERTAMA:
Bukankah jika seseorang itu menolong kita dalam pelajaran misalnya..ilmunya akan bertambah, Allah akan beri ganjaran padanya...Dan alangkah baik sekiranya kita medoakan kebaikan untuk rakan yang menolong kita...TAPI JANGANLAH SAMPAI TAHAP MENYUSAHKAN KAWAN..SELAGI KITA MAMPU, USAHALAH SENDIRI.

KEDUA:
Pedulikan perasaan rakan-rakan. Nak dengki ke, nak busuk hati ke..Peduli apa??!!!!
Apabila seseorang itu dengki atau iri hati dengan kejayaan kita, maka dia akan mendapat:

a) Motivasi untuk membangunkan dirinya supaya boleh berjaya seperti kita (dengki yang positif). Tak best ke jadi role model atau qudwah yang baik kepada orang lain?

DAN/ ATAU
b) Kemurkaan Allah jika dia dengki secara negatif. Maksudnya, dia tidak berusaha untuk memperbaiki diri tetapi berusaha untuk memusnahkan kemampuan dan keupayaan kita.

DAN / ATAU
c) Sakit hati. Padan muka dia..busuk hati sangat.

Ini pesanan untuk anak-anak didik sekolah al-Azhar dan saudara Melayu se-akidah yang InsyaALLAH satu hari nanti akan bergelar siswa dan siswi.


  • Lengkapkan diri dengan semangat juang. Kita umat Rasulullah, suburkan semangat untuk menjadi pengikut yang cemerlang dan produktif kepada umat.
  • Mesti mempunyai niat yang baik.
  • Berani! Jangan sesekali lemah dengan ketidakupayaan diri.
  • Pedulikan pandangan orang lain terhadap kita. Fokuskan matlamat kita yang bukan untuk kepentingan diri semata-mata tetapi untuk umat jua.
  • Budayakan amalan membaca dan study tak kira tempat. Jangan kisah kalau ada rakan-rakan yang sinis dengan amalan kita. Katakan: "Anda patut sinis kepada diri sendiri".
  • Menuntut ilmu kerana kemuliaan ilmu bukan kerana nak kejar gred or pointer dalam exam...bila habis exam, ilmu pun lari. Tetapi jika kita menuntut ilmu atas niat nak membantu umat, InsyaAllah ilmu akan kekal menemani kita. Allah Ta'ala akan mengangkat darjat orang yang berilmu. Ilmu lah yang menjadikan seseorang itu mulia.

Semoga kejayaan menanti anda...

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN