Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Kesempatan yang ada ini aku ingin berkongsi pendapat dan pengalaman aku tentang sahabat...
Dah lame tak berkongsi cerita. Maklumlah orang perasan sibuk...tapi memang sibuk betul la...hari-hari ngadap laptop...hari-hari online...tapi tak sempat nak blogging...assignment banyak...tapi itu pun rahmat jugak...takde assignment...takdela usaha untuk cari maklumat.
OK...direct to the point...
Sahabat? Friend? Kawan? Amigo (Spanish)? Prieten (Romanian)?
Siapa sahabat anda?
Adakah anda mempengaruhi atau dipengaruhi sahabat anda?
Adakah anda memilih sahabat?
Adakah anda seorang yang mudah lupakan sahabat?
Ini jawapan penulis...(aku lah..)
Siapa sahabat anda?
Sesiapa yang bersamaku, pernah berbicara denganku, pernah menghulurkan bantuan kepadaku adalah sahabatku...
Adakah anda mempengaruhi atau dipengaruhi sahabat anda?
Ya, kadang-kadang aku mempengaruhi dan kadang-kadang aku dipengaruhi...
Adakah anda memilih sahabat?
Tidak. Asalkan orang itu ikhlas bersahabat dengan ku, aku berlapang dada menerimanya...
Aku bersahabat dengan semua orang..Chinese, Indian, Nigerian, Iranian, Siamese..sesiapa sahaja.
Adakah anda seorang yang mudah lupakan sahabat?
Ooohh...tidak sama sekali. Lupa nama ade la..hehe..biarpun aku dilupakan..namun aku tak akan melupakan sesiapa yang pernah bersahabat denganku...aku berpegang kepada kata-kata yang selalu diucapkan oleh ramai orang bila tiba Friendship Day...Friendship Forever!
Anda bagaimana?
5 PERKARA YANG TIDAK PATUT SEORANG SAHABAT LAKUKAN KE ATAS SAHABATNYA
1) Suka menyusahkan sahabatnya..tapi bila sahabatnya memerlukan pertolongannya, dia buat dekkkk jek...hampeh!
2) Mengkhianati persahabatan demi kepentingan diri...Contoh? You all bagi la contoh sendiri ye...
3) Bila dah lama tak berjumpa and then suddenly terserempak kat mana-mana, dia buat-buat tak kenal...padahal sahabatnya berdiri atau duduk sebelah or even bertentangan dengan dia...
4) Mengumpat atau membuka keaiban sahabat sendiri...sahabat yang macam ni memang haprak!
5) Suka mengambil kesempatan ke atas kelebihan atau kenaifan sahabatnya untuk kepentingan diri...
Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak patut dilakukan oleh seseorang kepada sahabatnya. Al-asbab aku tak banyak masa nak fikir, 5 je la yang aku sempat.
Harapan aku agar janganlah ada dikalangan sahabat-sahabat sekalian yang melakukan perkara yang tidak sewajarnya ke atas sahabat sendiri...
Sahabat yang baik adalah rahmat dari Allah...tak kira lah dia Muslim or non Muslim...
Di saat kita berjauhan dari keluarga, sahabatlah tempat kita mengadu, meluahkan perasaan dan meminta bantuan...betul kan???
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja...tetapi yang penting, identiti diri kita sebagai seorang Muslim yang sebenar mesti ESTABLISHED!!! Jangan kerana sahabat, identiti kita sebagai seorang Muslim semakin pudar...Unless sahabat kita itu sefikrah dengan kita...
So...jadilah seperti ikan di laut...asam di darat...(dalam periuk bikin mufakat...menambah je ek)
Walaupun ikan hidup di laut yang masin, tapi rasanya tak masin kan? Lainlah kalau ikan masin.
Betapa kentalnya isi ikan tu sehinggakan air laut yang begitu masin tidak dapat menembusi zat badannya.
Analogi oleh penulis (aku la...): Peribadi kita mesti sekental isi ikan...biarpun kuat pengaruh persekitaran, peribadi kita tak akan berubah...(kalau pengaruh yang positif tak ape...)
Asam di darat? (apa analogi u all?)
Anda tahu kan sifat asam? Bayangkan asam limau yang diperah...Asam jawa...Asam keping...Masam....nyeeeerrrrr!!!! Huuhhh...pelik tak, bila kita terbayangkan asam, mesti saliva akan dirembeskan oleh salivary gland secara tidak semena-mena...pelik kan? Itulah penangan asam...heheh..
Apa analoginya kita dengan asam?
Ni pendapat penulis (aku la...), u all boleh kritik kalau rajin taip komen. Dan kalau ade pendapat lain...
Kita sebagai sahabat yang baik harus jadi seperti asam...
Apa logika nye?
Asam seperti yang diketahui umum dapat mengubah atau menambah rasa kepada sesuatu makanan. Letaklah dalam apa-apa masakan, rasa asam tu tetap ada kan? Sifat masamnya itu mempunyai pengaruh yang kuat!
Nah, jadilah seperti ASAM...kebaikan yang ada pada kita memberikan inspirasi dan pengaruh kepada sahabat-sahabat lain...
Satu lagi...semoga kata-kata kita, kebaikan kita menyentuh sanubari sahabat dan sentiasa diingati saat bila nama kita disebut...macam u all ingat asam la kan...bila sebut ja asam, meleleh air liur..itulah penangan asam...
Khair, akhirul kalam...berbuat baik lah kepada sesiapa sahaja...Allah akan membalasnya dengan mengutuskan orang2 yang akan berbuat ihsan kepada kita...
Wallahua'lam...
Makkah
2 weeks ago


0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN