Makcik..ade gam tak? tanyaku kepada seorang wanita yang ku anggap seperti ibu sendiri (awal pagi dah nyusahkan orang...terpaksa) Wanita itu merupakan ibu kepada kawan baik ku iaitu Asmida. Alhamdulilah ada insan yang bermurah hati menumpangkan aku di rumah mereka. Layanan yang diberikan sangat istimewa. Sampai aku plak yang segan.

"Ni gam nye che An". Hulur makcik.

Sebaik sahaja mendapat gam, aku membuka dokumen-dokumen yang tersimpan rapi di dalam sampul surat bersaiz A4 itu..gambar bersaiz pasport yang agak comot (pssst...bukan wajah ku yg comot tapi kertas foto itu) terkena ape ntah ku tampal di ruang yang disediakan. Hari nak mendaftar baru nak kalut tampal gambar...zai..zai..anyway..Alhamdulillah..masih ada kesempatan waktu yang diberikan ALLAH.

Selesai mandi, aku melipat baju yang aku basuh semalam ke dalam beg galas yang rupanya seperti beg askar. Entah macam mana aku boleh beli beg macam gitu. Tak sesuai..

Setelah bersiap sedia..aku menunggu Mida bersiap-siap. Jarum jam hampir berdetik ke angka 9. Sangat hampir...

Pon!...Pon!..terdengar bunyi hon kereta. Kami berdua bergegas turun ke bawah...tunang Mida sudah menanti. Mida dengan tunangnya itu sudah 7 tahun berkawan sejak di sekolah menengah. Setia sungguh mereka berdua...dalam hati kecilku, aku sentiasa berdoa agar mereka cepat melangsungkan perkahwinan dan semoga mereka tidak goyah dalam menjaga batas-batas pergaulan Islam. Dalam tempoh pertunangan lah ujian syaitan sangat kuat ke atas anak-anak Adam. Al-maklumlah mereka rasa telah terikat antara satu sama lain.

Entah mengapa perjalanan menuju ke Vista Angkasa ku rasakan agak lama...

Alhamdulillah...perjalanan kami lancar.

Setibanya di apartment, aku bergegas ke bilik dan meletakkan bag. Kemudian, fail clear holder berwarna hijau yang ku sisipkan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum ku bawa.

Sebenarnya, aku belum menjelaskan bayaran yuran pengajian. Bukan sengaja melambatkan tetapi aku dah try berkali-kali buat pembayaran melalui internet banking kat CIMB Jitra tetapi something error. Nasib baik duit tak lesap.

Tapi..entah kenapa, aku langsung tidak cenderung untuk merungut dan tiada keluh kesah.
Alhamdulillah...Allah campakkan ketenangan di hati insan kerdil yang hina ini.

Aku yakin Allah pasti berikan jalan penyelesaian.

Setelah dua kali round dalam kawasan UM, kami pun tiba di perkarangan Institut Pengajian Siswazah. Mida dan tunangnya terpaksa meninggalkan aku sendirian kerana mereka perlu segera ke tempat kerja masing-masing. Aku tak kisah...'Allah ada...' bisik hatiku. Aku pun meluru masuk ke seksyen penerimaan pelajar.

"Cik, saya nak mendaftar...kat mane ye? Aku bertanya kepada seorang staf di situ.
"Adik pergi ke dewan seminar A ye..." Jawabnya sambil menunjukkan arah ke dewan tersebut.
"Terima kasih" Ucapku.

Aku pun berjalan ke dewan seminar. Sebelum masuk ke dalam dewan, calon2 pascasiswazah perlu mengisi borang laporan H1N1. Just tick2 jer...

Aku menarik pintu dewan..mak aih sejuknye air-cond. Mula nak sakit perut nih.
Semua calon dikehendaki mengambil nombor giliran..sebelum itu kena isi satu lagi borang..

Staf IPS yang menghulurkan borang itu bertanya...
'You dah bayar yuran ke?'

Aku pun dengan tenangnya menjawab...
"Sebenarnya saya dah try beberapa kali bayar melalui internet banking tapi tak boleh..."

"Ooohh...you dah tahu la nak bayar guna paybill? (aku angguk je) Ok, buat dekat komputer sana sementara tunggu giliran, then tanyakan akak tudung hijau yang pakai mask tu." Kata staf tersebut.

Aku terus mendapatkan komputer dan buka laman web cimbclicks. Dalam hati aku berharap kali ni percubaanku berjaya.

Alamak..slow la pulak internet kat sini...koman spanar betol.

Tiba-tiba ada seorang akak tu duduk sebelah aku..

"Assalamualaikum..." Ucapnya sambil menghulurkan salam kepada ku.
"Waalaikumussalam...baru register ke" Jawabku sambil bersalaman.
"Ha'ah..adik tau tak cemana nak buka Perdana Mail ni?" Tanya akak tu.

"Saya ni belum register lagi kak, baru nak bayar yuran via internet banking.." Jawabku.
"Oohhh..."

Aku kembali menumpukan perhatian kepada urusan pembayaran yuran..
Ohh..no! gagal lagi. Lantas aku bangun mendapatkan staf bertudung hijau yang memakai mask. (Dalam hati, 'mana aci diorang pakai mask, calon2 tak pakai, mana tau kot2 ada calon2 pascasiswazah yang pembawa H1N1 ke...tak ke naya...dah la ramai orang asing..huh..not user friendly).

"Assalamualaikum cik, saya nak bayar yuran melalui internet banking tapi tak boleh..."
"Kejap adik eh...kejap" Jawab staf tersebut ambil menekan nekan keyboard komputer. Sibuk agaknya.

Aaah...dah dua tiga minit aku terpacak kat belakang dia..malaslah..aku pun beredar tanpa pengetahuannya dan kembali duduk di depan komputer.

Kali ni aku panggil staf lelaki pulak.

"Encik saya dah try bayar yuran kat internet banking tapi tak boleh la"
"Cuba lagi adik"

Aku pun cuba sekali lagi. Setelah mengisi maklumat dan memasukkan amaun yuran aku pun klik button submit. Kemudian setelah memasukkan nombor TAC, aku pun klik button confirm.

Dalam hati ini tak henti-henti bermunajat kepada Allah agar dipermudahkan urusan.

Waaaahhhh...berjaya! Alhamdulillah...

Aku pun menunggu giliran mendaftar.
Alhamdulillah pendaftaran berjalan lancar.

Syukur kepada Allah di atas segala pertolongan-Nya di saat aku sendirian.

Kadang-kadang mungkin Allah hendak menguji seseorang ketika dia bersendirian...Mungkin Allah hendak melihat sejauh mana kebergantungan kita kepada-Nya di saat kita sendirian...

Maka hadapilah dengan tenang bersama keyakinan yang utuh bahawa Allah pasti akan menolong kita andai kita benar-benar berharap kepada-NYA. Hakikatnya, kita akan bersendirian jua suatu hari nanti...bila? Wallahua'lam...Di mana? Di dalam kubur semestinya. Semoga kita terus tenang menempuhi kesulitan dan ranjau dalam perjalanan kita. Amiin ya Robbal 'Alamin...


Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN