Assalamualaikum...
Ramadan Mubarak.
Pembaca yang budiman,
Ketahuilah bahawa merokok itu satu perbuatan yang menzalimi diri sendiri. Mungkin anda tidak merasai kesan negatif merokok buat masa ini kerana anda masih muda dan gagah perkasa.
Namun kesan dari perspektif lain bagaimana?
- Kesan ke atas kewangan
- Kesan ke atas orang lain (teman, anak, isteri dan orang awam) yang terhidu asap rokok yang anda hembuskan dengan machonya.
- Kesan jangka panjang bila anda dah tua dan bila keimunan dan kurang.
- Kesan ke atas peribadi anda sebagai seorang Muslim.
- dan banyak lagi kesan2 lain.
Saya faham, bukan senang untuk berhenti merokok. Tapi ramai yang dah berjaya berhenti merokok! Mengapa anda tidak boleh?
Semuanya terletak atas KEMAHUAN diri dan AZAM untuk berubah.
'Ala kuli hal,
Penulis ingin membantu anda dalam usaha untuk berhenti merokok lebih2 lagi pada bulan ibadah ini...
Alangkah idiot nya jika seseorang itu tidak puasa hanya kerana tak boleh tahan gian merokok...Astaghfirullah...(Sama-sama mengucap ya..)
Ramadan adalah titik tolak untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah...Jadi, marilah! Dengan niat dan azam untuk memperbaiki diri sendiri...
SAY NO & STOP SMOKING!
Sama ada anda sendiri perokok atau sahabat, adik beradik, bapa, suami, mari sama-sama kita jadikan kempen kerajaan satu realiti bukan hanya satu momokkan.
Anda tidak perlu tutup mulut macam dalam iklan tapi anda perlu tahu bagaimana nak bermula!
Klik pada banner di bawah.



0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN