Assalamualaikum w.b.t.

Tiba-tiba tergerak hati nak post kat blog. Sambil menunggu group assignment attach part masing-masing, dari membuang masa, ada faedahnya berkongsi maklumat di blog...

AWAS!

DANGER!

JANGAN SELALU BERSENDIRIAN!

Inilah fokus perbincangan pada hari yang indah ini walaupun langit biru terselindung di sebalik mendung kelabu...tetap indah kejadian alam ciptaan Allah azza wa jalla..

Tajuk yang diletakkan agak general...

Bahaya bersendirian? Ape skopnya?

Tak kiralah skopnya apa, tapi kalau selalu bersendiri memang ada ancaman bahaya, sama ada ancaman luaran ataupun dalaman.

Ancaman Luaran:
- Peragut
- Perogol
- Penculik
- dan lain-lain yang terlintas dalam benak fikiran anda.

Ancaman Dalaman:
- Gelojak nafsu
- Bisikan syaitan wal iblis yang menghasut
- Lintasan hati yang mengancam akidah
- Minda yang berfikir tentang hal-hal yang mengancam akidah

Dua-dua kategori sama bahayanya tetapi yang paling bahaya adalah ancaman dalaman kerana ia adalah sesuatu yang abstrak dan senjata yang perlu anda gunakan juga adalah senjata yang abstrak. Kalau guna senjata konkrit silap-silap arwah lah anda.

Ancaman dalaman sukar untuk kita elak kerana ia berlaku atas keinginan kita (kadang-kadang) atas dasar 'ingin tahu'. Bersendirian mendedahkan diri kita kepada kejahatan-kejahatan senyap yang Allah dan diri kita sahaja yang tahu. So, bila berlaku, kita sendiri yang perlu bertindak sebagai penyelamat.

Jika anda seringkali diserang dengan lintasan atau bayangan yang boleh merosakkan akidah ucaplah: Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (diajar oleh Ustaz Dr.Haron Din)

Untuk lebih selamat, elakkan bersendirian, slalulah bersosial. Maksud penulis bersosial dengan cara yang sihat la. Bersahabatlah dengan orang yang baik, yang sesuai, yang satu kepala dan yang penting yang ikhlas dalam persahabatan.

Sekian untuk kali ini..

Sekian.

Wallahua'lam bissawab.

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN