بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan..hambaMu amat berterima kasih kerana dengan rahmat-Mu hamba masih bisa bernafas dan berfungsi sebagai seorang khalifah selayaknya keupayaan diri hamba..Alhamdulillah.

Selawat dan salam dari umat yang hina dina kepada Penghulu segala anbiya',
Nabi Muhammad صل الله عليه وسلام

Sebulan berlalu...blog ini sunyi daripada kalimat admin...sibuk la sikit.

InsyaAllah...topik pada kali ni, Bila Jauh Dari Rahmat Allah...
Saudara/i pembaca yang budiman, pernahkah anda merasa kadangkala iman down je...malasnya nak baca Quran...liatnya nak buat solat sunat...rasa seronok plak layan lagu2 merapu..solat pun nak cepat2..rasa khusyuk pun semakin pudar.? Mungkin ada yang pernah mengalami situasi sebegini dan mungkin juga yang tidak (terimalah salutation dari saya bagi yang tak pernah)...Jujur saya katakan..sebagai hamba-Nya yang lemah, berada dalam biah yang tidak menyokong keimanan, jauh dari teman2 sefikrah, saya pernah mengalami perkara2 tersebut dalam keadaan saya sedar diri...bukan tak sedar diri...oh...bersalahnya pada Allah dan Rasul.

Kenapa jadi macam ni?

Inilah salah satu tanda bila kita semakin jauh dari rahmat Allah...na'udzubillah...
Allah berikan pilihan kepada kita dan diberi-Nya akal yang cerdas dan sihat untuk memilih...jika kita memilih kebatilan...maka kebatilan lah yang kita perolehi walaupun kita suka dan puas hati dengan pilihan itu...

Jauh dari rahmat atau kasih sayang Allah amatlah malang bagi seorang Muslim dan Mu'min...
Analoginya: Apakah rasanya jika mak dan ayah kita tidak lagi sayang atau peduli dan menjauhkan diri dari kita?Pastinya kita merasakan bahawa kitalah anak yang malang..sedih tak tergambar.

Apakah sebabnya kita jauh dari rahmat-Nya?

Sebab sikap dan perbuatan kita sendiri...seperti yang dinyatakan tadi..kita yang memilih kebatilan, maka kebatilan lah yang kita dapat..Sedangkan Allah tidak suka dengan kebatilan dan sebab itulah Dia ancam dengan siksaan...Allah menginginkan kebaikan untuk kita dan dijanjikan-Nya dengan kebaikan juga tetapi yang berlipat ganda.

Seandainya kebatilan atau kejahatan jua yang menjadi pilihan kita, kita termasuk dalam golongan yang menzalimi atau menganiayai diri sendiri. Dan lebih malang lagi jika seseorang itu gembira malah bangga dengan kebatilan yang dilakukannya...amatlah zalim.

Cuba kita bisikkan pada hati kecil kita tatkala timbul niat untuk melakukan kejahatan.....berbaloikah keseronokan sementara ini untuk sengsara yang lama?

Marilah sama-sama kita berdoa:
"Tuhan kami, kami telah menzalimi diri sendiri, dan jika Kau tidak mengampuni dosa-dosa kami dan merahmati kami, pastilah kami termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi..."

Semoga kita terus kuat untuk memperisaikan diri daripada hasutan iblis dan konco-konconya.
Semoga kita sentiasa sedar bahawa kita sekarang berpijak di atas bumi Allah dan bernaungkan langit Allah...segalanya dalam pemerhatian-Nya.

Dikala setiap segi bumi dipenuhi bekas dan jejak kemungkaran, biarlah kita menjadi pemadam jejak-jejak itu dengan amalan kebaikan.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri...
Siapa kita?
Dari mana asal kita?
Apa tujuan penciptaan kita?
Ke mana kita akan kembali?
Kesudahan macam mana yang kita cari?
Kebahagiaan atau siksa yang kita nanti?

Tepuk dada tanya lah diri sendiri.

Sekian, wallahua'lam.
Aku berlindung dari murka Allah yang benci dengan orang-orang yang tidak memperbuat apa yang diperkatakannya...

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN