Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sukar untuk aku percaya saat result final exam terpampang dalam message yang dihantar oleh Dee. Sungguhpun aku telah bersiap sedia menerima apa jua keputusan, namun entah kenapa, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu. Semuanya 3 subjek..yang dua lagi tu, Alhamdulillah ok dan aku tak berapa kisah walaupun ada sikit kehairanan kenapa dua orang saja yang dapat A sedangkan ramai yang performed well untuk assignment, mid term test and final paper.
TETAPI aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa PE aku dapat B ja. Lemah segala sendi dan otot. Terasa amat tidak berbaloi dengan usaha yang aku peruntukkan untuk buat assignment, bagi tumpuan kepada lecture dan preparation untuk final. Aku rasa dah buat yang terbaik.
Dimana silapnya? Apa silap aku?
Aku tak akan berdiam diri…selagi ada peluang, aku akan tuntut keadilan yang setimpal dengan usaha aku. Kerana aku percaya, hasil yang diperolehi adalah setimpal dengan usaha. Dan aku tidak pernah main-main atau sambil lewa dalam bab study. Jika benarlah memang ada kesilapan, aku pasrah tapi bukan menyerah.
Biarlah sekiranya ada yang mengatakan bahawa aku ni gila pointer atau apa saja, yang penting aku mesti terus berusaha seiring dengan matlamat aku buat master.
Ini adalah ‘fenomena ketidakpuasan hati ke atas result’ kali kedua yang berlaku sepanjang aku bergelar seorang pelajar. The first one happened when I was in form 5. Memang tak puas hati giler, subjek ekonomi jugak tu. Even it was only a mid term paper, tetapi aku tetap tidak puas hati sebab jawapan aku dengan budak cina classmate aku tu lebih kurang sama, dia dapat markah mencapai gred A kenapa aku dapat B sipi-sipi? INI TIDAK ADIL!!!
Dan yang amat pelik bin ajaib pada aku ialah semua points yang aku tulis dia tandakan ‘right’ kecuali satu tanda pangkah. Habis tu apa sebab markah kurang? Tetapi pada ketika itu aku tidak berani menuntut keadilan sebab cikgu tu cepat bad mood kalau orang bangkang. Ramai student Malay tidak puas hati dengan sikapnya yang bias kepada students tertentu lebih-lebih lagi Chinese student sungguhpun dia seorang Malay. Aah…perkara sudah berlaku. Yang penting result Ekonomi Asas aku adalah baik.
Balik kepada fenomena kali kedua…masih ada peluang tetapi aku masih ragu-ragu dengan kesediaan lecturer subjek tersebut. Sudah tiga hari aku email untuk buat appointment tetapi masih belum berbalas. Pelbagai andaian melintasi fikiran. Namun bukanlah bererti bahawa aku berburuk sangka terhadap lecturer. Dan seANDAInya dia tersilap perhitungan sekali pun aku tidak akan berburuk sangka kerana beliau terpaksa menyemak +/- 240 assignment, 60 kertas jawapan students.
TETAPI, yang pastinya, aku perlu mendapatkan kepastian, apa silap aku sehingga aku mendapat result yang sebegitu rupa? Sedangkan aku menjangkakan A untuk subjek tersebut.
Aku sanggup datang ke KL lebih awal dari tarikh yang aku rancang semata-mata untuk mendapatkan kepastian.
Semoga kebenaran di pihak aku…
Ya Allah, lapangkanlah dada hamba, permudahkanlah urusan hamba, dan lancarkanlah lisan hamba. Ameen…
(Psst: Maaflah kalau sadara/i pembaca rasa bahasa yang digunakan untuk post kali ini agak kasar...ini adalah luahan hati admin)



0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN