Assalamualaikum...

Post kali ini diberi tajuk 'Perang Sewa' kerana berpunca daripada kegagalan seorang housemate untuk menjelaskan sewa rumah dan deposit yang berbulan tertangguh.

Hari ini, particularly, malam ini akan jadi sejarah dalam hidupku…ooh…bukanlah something sweet nor bitter, but neutral..hehe..

Al-Kisahnya begini… (bunyi macam nak berhikayat plak..heh..)

Haa..nak mula dah ni..

Tapi sebelum tu biarlah anda tahu suasana ketika berlakunya peristiwa bersejarah ini…

Bayangkan………….(tak perlu pejam mata, nt tak tau citer)

Ok, bayangkan sebuah master bedroom di sebuah apartment, ada balcony kecik, kipas lantai yang sedang berpusing…

Dalam bilik tersebut ada tiga penghuni iaitu Kak S, Kak F dan admin (aku la).
Watak utama dalam babak ini ialah Kak S dan Kak F, admin berperanan sebagai watak sampingan.

Drama ini berlaku ketika aku sedang khusyuk membaca post2 dalam blog KERETA MAYAT

Seusai solat Isyak, Kak S bangun dan menghadap ke arah Kak F yang sibuk mencari-cari sesuatu kat rak kecik die…dalam posisinya berdiri, masih dalam pakaian sembahyang, maka dialog bak peluru tepat pun bermula, antaranya (lebih kurang la ek, yg sempat otak aku record):

F !!! Kate nak bayar duit sewa esok, jadi ke???

(Kak F buat tak layan…siap menyanyi lg, dgn suara yg perlahan)

Suara Kak S memecah keheningan. Kak F terus bersenandung sambil tangannya menyelongkar laci rak kecil itu. Kak S menyambung…

##Akak bagi amaran keras ni, kalau tak bayar jugak esok, barang2 awak ni akak lontar je kat luar…dengar tak??? Orang cakap die buat tak dengar… perangai tu macam ape ntah.

Saye dengar…esok saye bayar la. (Kali ni Kak F menjawab)

Dah berkali cakap nak bayar, kejap hari jumaat la, minggu depan la, tapi tak bayar2 pun..akak tak kira, esok kene bayar gak cemane pun!!! Jumaat ari tu kate nak bayar…kenape tak bayar???

Saye nak bayar macam mane dah takde duit!!!

Kak S menyambung lagi: Takde duit! Takde duit! Itu je alasan!!! Gaji awk tu bukannya murah takkan tak boleh nak bayar…Zai yang tak keje pun bleh bayar.
*tersentak jap dengar nama aku disebut…tapi aku terus berpura-pura khusyuk membaca blog..huhu*

Kak F membalas peluru Kak S: Dah memang saye takde duit…tak caye sudah..akak tengok beg duit saye ni..mane ada duit!!! (sambil menyelak-nyelak beg duitnya)

Lame juga diorang fighting (bertikam lidah je la)…sebut pasal tak smayang la, ubi keledek la, dan term yang buat aku take part dalam kes diorang ni ialah pasal ‘baldi’..

Lebih kurang begini lah dialog pasal baldi:
Kak S: Guna baldi orang tak reti nak simpan, biar je kat luar eh!!!
Kak F: Bila? Bila saya guna baldi akak…(tak sempat menyambung ayatnya kerna dipintas Kak S)
Kak S: Apa bila2..dah guna tak nak mengaku.
Kak F: Saya tak de tinggalkan baldi akak kat luar tu eh..zai yang buat cam tu (sambil menuding jari ke arah aku..hisy..cabuk betoi..dia nak libatkan aku plak..inilah the real PRISONER’S DILEMMA tp takde payoff)
Aku (dengan tenangnya menjawab): Ape plak akak ni..saya ada baldi sendiri lah…akak ni nak lepas diri pastu salahkan orang lain ek.
Kak S: Jangan nak salahkan orang lain plak.

Perdebatan antara dua orang kakak bilik aku tu selesai apabila Kak S mengulang dengan kerasnya ayat bertanda ##...mungkin Kak S dah letih bertekak.

Tapi…haa..drama belum selesai la…

Setelah Kak S keluar, aku plak ambik alih watak utama Jeng! Jeng! Jeng! Hehe (gelak jahat)..
Watak aku kontras dengan watak Kak S, ooh..semestinya…
Aku bertindak seperti seorang kaunselor atau yang sewaktu dengannya..ala2 ustazah gitu walaupun aku sedar aku ni bukan baik sangat…tapi kes Kak F ni dah kira kritikal..sampai satu rumah merasa tak senang.
Dialog aku berkumandang di telinga Kak Fiza yang dari tadi membaca novel.

“Akak, benda yang berlaku ni mesti ada pengajarannya…Tuhan nak suruh ingat kat Dia..macam mana pun keadaan kita ni, kita tetap bergantung kat Tuhan..”
(Kak F menyepi..tapi aku pasti dia mendengar kata2 aku..dan aku menyambung..sambil mata tertumpu kepada skrin laptop dan jari jemari kanan mengetik-ngetik tikus pink…)

“Ni saya tengok, akak dah lama tak sembahyang…kat supermarket tu saya tak tau la akak smayang ke tak sebab nak kene layan customer lg..time cuti pun saya tengok akak asyik bace novel, tak pun tengok citer kartun..smayangnye tak”
“Smayang je nak bezakan kita dengan orang kafir, akak pun tau tu..”
(panjang gak la ceramah aku bab smayang ni)..aku akhiri dengan:
“Pendek kate, lepas ni saya nak tengok akak smayang lah..boleh???”
Alhamdulillah..dia mengangguk. (Tapi harap2 bukan angguk lepas tu geleng2 je la kan)

Panjang gak aku membebel kat Kak F dan die..aaahh masih dengan novel…kadang2 bila aku tanya soalan baru dia tengok muka aku.

Macam topic la bebelan aku, dari semayang pindah ke bab pengurusan kewangan (die budak degree in finance beb! Aku plak yang ngajar die caner nak urus kewangan..haih), then bab makan tanpa kebenaran (sebab die dah banyak paw stok makanan aku..tp aku halalkan..tapi keledek Kak S yg ko paw tu pandai2 lah ganti ye kak? dan hutang aku RM55 jgn tak bayar plak..) dan sampailah bab nk cari rumah sewa..tapi aku akhiri dialog aku dengan:

“Lepas ni akak smayang eh?” (korang mesti pelik macam mane topik2 lain yang aku sebut sebelum ni relate dengan dialog ni kan? Hehe..mesti la ada ayat pembawanya..)

Di akhir babak ini, ade iklan plak..
Tiba2 pintu bilik dikuak..Kak Su bersama seorang gadis yang tak dikenali masuk ke dalam bilik…
Aku say ‘hi’ je la…sambil menghulur tangan berjabat salam. Nama dia Yani..cantik dan lemah lembut orangnye..
Rupa2 nya dia datang tengok bilik..dan die dah booking tempat Kak F..dan sebenarnya (teringat lagu Yuna plak)…dan sebenarnya Kak F tidak menyangka bahawa dia akan meninggalkan rumah ini walaupun sebelum ini dia berhasrat untuk pindah rumah kemudian tak jadi..

Ape ibrah atau pengajaran daripada real story ini? Iaitu lah:
1.Ape2 pun, ape masalah pun, siapa jua kita (asal orang Islam), sembahyang la…itulah jalan pengikat hubungan kita dengan Allah..kalau kita lupakan Allah, Allah juga boleh lupakan kita..tapi kerana sifat Maha Pengasih, Dia selalu bagi peringatan kepada kita supaya kita insaf dan kembali kepada-Nya…huk2..terharu dan terkesima.
2.Hubungan yang perlu kita jaga, bukan sahaja dengan Pencipta, tapi sesama manusia juga..haa..kalau menumpang rumah orang, jaga lah tingkah laku..sewa jangan tak bayar…jangan paw makanan orang…
3.Bertanggungjawab lah atas segala perbuatan. No comment.
4.Bijaklah menguruskan kewangan anda. Peruntukkan pendapatan untuk keperluan asas dahulu. Mesti utamakan perkara yang utama.
5.Jangan menipu, mungkir janji dan jangan banyak kelentong. Cuba ceritakan hal yang sebenar moga2 orang lain boleh terima dan pertimbangkan masalah kita.
Sekadar ingin berkongsi dengan saudara/I pembaca. Semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar dari kisah benar ini. InsyaAllah…

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN