Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah..syukurku kepada Allah kerana selamat tiba ke kampung halaman walaupun terpaksa berdepan dengan bermacam dugaan dan kesulitan sebelum dan sepanjang perjalanan…
Ni nak cerita la sikit kesulitan apa yang dimaksudkan  =J
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> 
Petang itu, setelah Dee pulang, aku bersiap untuk ke KL Sentral untuk menaiki keretapi yang dijadual tiba pada pukul 9.10 malam…aku bergerak lebih awal ke KL Sentral sebelum menjelang maghrib. Setibanya di KL sentral, aku terus meluru ke arah surau untuk solat jamak takdim…seusai solat, aku menaiki escalator untuk ke ruang menunggu di platform A. Aku mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan seorang wanita yang pada kiraan aku berusia 50-an.
Ketika berbual-bual dengan ‘makcik’ tersebut, terdengar satu announcement yang memaklumkan bahawa jadual ketibaan Express Langkawi ke utara dan Hatyai (Thai) ditunda pada pukul 12.30 tengah malam…alamak…(aku mengeluh sambil melihat reaksi makcik tersebut). Makcik kemudian menelefon anaknya yang tinggal di KL untuk memaklumkan hal tersebut tetapi dia mengambil keputusan untuk menunggu walaupun penumpang dibenarkan untuk menjual semula tiket atau menukar jadual berlepas…
Aku???
Dalam hati dan mindaku, bermacam perasaan, pertanyaan dan ramalan bermain-main (hish!!!p main jauh2). Apatah lagi, atau sesuai untuk aku katakan “lebih malang lagi”, aku membeli tiket coach Economy Class..Allah hai…terbayang-bayang dalam kotak fikiran aku tentang situasi aku sepanjang perjalanan tersebut…dan bayangan itu menjadi kenyataan…sepanjang tempoh menunggu aku panjatkan doa agar penumpang yang akan duduk di sisi aku adalah di kalangan orang2 yang baik…namun, tidak seperti yang aku harapkan sebagaimana yang pernah berlaku…
Setelah mendapat tempat duduk…
Mak aiiii…dahla tadi duduk berejam menunggu, dapat pulak tempat duduk yang keras lagi…sure sengal habis…saat itu aku terbayang tilam dan bantal empuk di coach kelas pertama…(padan muka aku, nak sangat try coach economy…takpe, aku ambil ini sebagai pengalaman dan aku nekad…this is first and last!!!)
Sukarnya untuk mengikhlaskan hati…huk3
Aku berharap dan berdoa agar aku dapat menempuh perjalanan tersebut dengan kesabaran dan doa aku yang Alhamdulillah Allah makbulkan ialah “agar jangan ada orang duduk di seat sebelah aku” (sebab pe? aku nak angkat kaki yang dah kebas la..hmm..pikir nak selesa ja)
Lepas satu hal…aku diuji pula dengan kesejukan dan kebetulan pula aku tidak memakai sarung kaki kerna yang tinggal sepasang pun dah terkoyak…Lebih malang lagi, aku tidak membawa sweater, selimut atau tuala untuk menutupi tubuh yang kesejukan…hati aku meronta memohon dan merayu petunjuk Allah agar aku boleh berbuat sesuatu untuk mengurangkan rasa sejuk..
Aku membuka beg galas untuk mengambil t-shirt lengan panjang untuk mengalas tangan yang kesejukan…Allahu Akbar, t-shirt aku basah dek tumpahan air mineral…benar2 terasa diduga…aku sangat tertekan dengan kesejukan..beratnya sesalan kerana memilih coach tersebut menambah tekanan…aku menangis sambil tidak putus-putus mengharap bantuan dari-Nya. Siapa lagi dapat menolong aku ketika itu kalau bukan Dia? Namun begitu, lintasan skrip maki hamun tetap menjadi selingan..huh..
Aku mengadu kepada Swanee tentang situasi aku dan coach tersebut…
Setibanya di destinasi…sepanjang membonceng motorsikal yang dipandu adik, aku terus membebel pasal situasi aku dan coach tersebut
Setibanya di rumah…aku mengulangi cerita yang sama kepada mak …
Sekarang, saat aku terniat untuk berceritakan hal ini dalam blog, aku rasa menyesal kerana terlalu mengikut perasaan…alangkah bagusnya kalau aku ikhlaskan hati, tidak membebel, mengeluh dan sebagainya…pasti Allah akan menulis bagiku kebajikan..menyesal3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tapi apa boleh buat, segalanya sudah terlepas…
Semoga aku akan lebih sabar dan lebih tegar untuk ikhlaskan hati menerima ujian Allah…
Aku tahu, salah satu tanda Allah memberi perhatian kepada seseorang hamba ialah dengan menguji hamba itu…bodohnya aku kerana gagal mengendalikan ujian tersebut. Dan aku membuat analogi, bagaimanakah sekiranya situasi yang aku hadapi seburuk situasi yang dihadapi oleh saudara2 di Gaza??? Agaknya lagi teruk kah aku membebel?melenting?mengeluh berterusan? Aduuuhh…
Inilah akibatnya jika kita selalu mendidik diri dengan keselesaan yang berpanjangan. Apabila tiba saat-saat susah yang tidak dijangka...maka sukar untuk kita menghadapinya..melainkan jika iman kita benar-benar kental!!! Tapi siapalah aku??? 
Benar, aku seorang muslim, tapi aku belum sampai ke darjat orang beriman yang benar2 menerima ujian Allah dengan redha...kerna aku selalu gagal dengan ujian Allah..
Ya Allah, aku mengaku kelemahanku, aku sedar kesalahanku, aku menyesal, tolongilah aku dan saudara2ku, tolonglah kami untuk taat, yakin dan beriman pada-Mu dan segala perintah-Mu...Ameen...

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN