Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Isu non-Muslim masuk masjid yang diapi-apikan dalam media pada ketika ini membuatkan saya rasa patut ada penjelasan yang tulus dan lurus tanpa dikaitkan dengan mana-mana fahaman politik atau fahaman logik akal atas dasar mengembalikan imej agama Islam.

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada memasuki Masjidil Haram (Mekah) sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah :ayat 28. Peraturan ini telah disyariatkan oleh Allah dalam al-Quran.


Ok JELAS..perintah Allah tertakluk kepada masjid2 di sekitar tanah al-Haram.

Bagaimana dengan halnya masjid atau surau selain Masjidil Haram?

Orang non-Muslim diharuskan untuk melawat masjid atau surau jika niat mereka adalah baik. Lain lah kalau niat mereka untuk mengotori atau membuat kacau di masjid. Itu memang kena halau sekerasnya. Islam mengajar penganutnya untuk bertoleransi dengan orang non-Muslim yang menerima kehadiran kita dan hukum-hukum yang kita laksanakan.


Sikap kita yang rigid, pandangan yang primitif terhadap isu ini akan mengelirukan orang Non Muslim bahkan orang Muslim yang jahil atau tidak tahu selok belok agama sendiri.


Ikutlah pendapat sepakat ulama' bukan pendapat orang yang ilmu agamanya tidak seberapa dan lebih banyak berhujah mengikut logik akal dan perasaan.


Pandangan ULAMA Mazhab Syafi'e dan sebahagian ULAMA Mazhab Hambali:

Dibolehkan orang-orang kafir memasuki masjid dengan izin kaum muslimin kecuali majidil Haram dan masjid-masjid yang ada di Tanah Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Syafie (Lihat Raudhah Tolibin, jilid 1 / ms 296). Pandangan ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad dan juga pandangan sebahagian ulama Mazhab Hambali.

Jika kita baca sirah Rasulullah S.A.W:

Rasulullah saw pernah mengikat seorang tawanan iaitu Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia memeluk Islam, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah saw untuk melihat orang solat dan membaca Al-Qur’an, dan sebagainya. Dengan ini mereka akan lebih dekat dan faham dengan amalan2 orang Islam.

One might ask like this, bukan ke orang kafir tidak suci dan mereka tidak pernah mandi hadas??
Okay, betul tu. Tapi kita perlu tahu satu perkara. Tidak ada hukum taklif iaitu halal/haram ke atas non Muslim. Wanita haid tidak boleh masuk masjid kerana itu adalah ketetapan syariat ke atas WANITA MUSLIM bukan WANITA KAFIR. Syariat Islam adalah untuk orang Islam yang cukup syarat tetapi bukan ke atas orang bukan Islam yang cukup syarat. Saya harap penjelasan ini jelas.

Perlunya anak-anak muda malah anak-anak tua membaca dan menghayati sirah Baginda Rasulullah S.A.W. Baginda telah tunjuk contoh teladan yang sangat baik tentang hal2 dengan orang bukan Islam.

Saya menyeru kepada orang2 media yang menulis/bercakap, orang2 atasan (walaupun seruan ini tidak sampai), hati-hatilah dengan perkataan yang keluar dari lidah kita kerana seandainya bercanggah dengan ketetapan hukum yang sebenar, maka akidah akan rosak tanpa ada petanda yang menyedarkan akan hal tersebut. Tanpa anda sedari andalah dalang kekeliruan umat Islam terhadap agama sendiri. Nak berpolitik pun janganlah sampai mengancam akidah sendiri. Buka balik buku Sirah Nabawiyah, duduk depan tok guru yang mursyid, buka kitab, belajar selok belok agama sebelum anda layak berhujah atau melontarkan pandangan soal agama. Kadang kala berdiam itu lebih baik bagi yang tidak tahu atau tidak pasti.


Saya menyeru juga kepada sahabat-sahabat seakidah,

Perlunya kita mempelajari dan mendalami hal2 agama supaya apa jua isu agama yang diapi-apikan oleh pihak2 tertentu tidak mendorong kita untuk bercakap dan berekspresi mengikut pandangan logik akal dan emosi sendiri. Sangat bahaya. Benda tidak haram atau harus patutkah kita kata HARAM..itu dah memutarbelitkan hukum Allah. Kesannya ke atas akidah sendiri.


KESIMPULAN

1- Non-Muslim dibenarkan utk masuk ke masjid – selain dari Masjidil Haram di Makkah – dgn kebenaran awal dari Muslim.

2- Mereka mesti ada alasan kukuh utk masuk ke masjid.

3- Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid dan beringat yg itu ialah tempat suci utk beribadah.

4- Lelaki dan perempuan tidak dibenarkan membuka aurat (tak boleh dedahkan aurat kepada yang tidak berhak melihat) semasa masuk ke masjid (saya harap perkara ini juga ditegaskan ke atas wanita Muslim yang tak reti nak tutup aurat kalau masuk masjid. Bahkan di kalangan pemimpin wanita sendiri yang tidak menutup aurat sepenuhnya apabila menghadiri program2 di masjid.)


P/s: Buka aurat dalam surau khas untuk jantina masing2 takpe =)
Fahamilah apa itu erti AURAT, then only we know what is permissible and what is not.

Sekian, semoga bermanfaat.

Our religion is Islam. Our guide is the Quran and as-Sunnah.


'Ya Allah, ampunilah hamba jika ada kata-kata hamba yang melampaui batas. Engkau tidak suka kepada orang2 yang melampaui batas. Dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan sesuatu. Tunjukilah kami ke jalan yang benar, jalan yang engkau redhai. Ameen.."


Untuk bacaan lanjut boleh buka page2 ini:

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/08/pendapat-ulamak-dan-fatwa-jakim.html

http://www.ustaznoramin.com/2010/08/boleh-atau-tidak-non-muslim-masuk.html

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3176

http://www.ibnuhasyim.com/2009/11/fiqh-bukan-islam-masuk-masjid-bolehkah.html

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN