In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful...

Alhamdulillah I reach home at last =) Terasa seperti segala kesibukan, kekusutan dan ke'tension'an tertanggal dari diri setelah berada di rumah. Living in a city is really challenging. Kos hidup yang tinggi, hal keselamatan dan kesihatan diri adalah 3 perkara yang kadangkala menjadi penghalang untuk aku belajar dengan 'aman'. Kalau tidak kerana ilmu ekonomi yang telah mempengaruhi pemikiran dan tindakan aku dalam pengurusan hidup, aku rasa aku tidak akan mampu untuk survive in the capital of KL. People said, money is not everything. But, in such a developed city, everything is money. Tapi aku rasa bersyukur juga kerana diberi peluang untuk menjalani kehidupan di KL, berjauhan dengan keluarga, belajar di Universiti Malaya yang bereputasi tinggi, tinggal di rumah sewa dan sebagainya. Aku tidak pernah menjangkakan ini semua akan aku lalui dan tidak pernah tertulis dalam kamus hati aku bahawa aku akan tinggal di KL dek kerana ketakutan dan kerisauan akan hiruk pikuk di ibu kota tersebut. 


Bila berjauhan dari keluarga, aku terasa amat berharga hubungan kekeluargaan yang dianugerahi Allah. 


Semua yang aku lalui di KL secara tidak langsung telah menjadi something like a training. Sungguh, pengalaman ini berharga..teramat..aku rasa bertuah juga kerana dalam keluargaku, hanya aku yang merantau sejauh itu dan apatah lagi tinggal di ibu kota. KL menjadi madrasah yang penuh ujian dan cabaran untuk aku.

Sejak akhir-akhir ini aku terpikir, ke mana haluan aku selepas ini? Apakah masih di KL atau merantau lagi jauh?





0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN