Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Harapan saya semoga insan-insan yang membaca dan menghayati cerita ini akan berada dalam suluhan nur hidayah Allah sentiasa. 

******
Pada suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu beliau bertanya,

Pertama: "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Maka murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah 'mati' sebab mati itu adalah janji Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati (Sila rujuk Ali-Imran: 85).

Kedua: "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Kemudian murid-muridnya menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar. Tetapi yang sebenarnya ialah 'masa lalu'. Apa jua kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lampau even seminit yang berlalu. Dengan yang demikian kita dinasihatkan agar menjaga hari ini dan hari yang mendatang agar tidak sesal di kemudian hari.

Ketiga: "Apa yang paling besar di dunia ini?". Maka ada dikalangan mereka yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan tersebut benar kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling besar yang ada di dunia ini adalah 'nafsu'. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu sendiri.

Keempat: "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling berat adalah 'memegang amanah'. Segala isi bumi, langit dan gunung ganang tidak sanggup ketika Allah SWT meminta mereka untuk memikul amanah sebagai khalifah di dunia maka amanat tersebut dipikul manusia dengan angkuhnya (refer al-Ahzab: 72) sehingga banyak dari kalangan manusia jatuh dalam kebinasaan kerana meringan-ringankan amanah Allah.

Kelima:  "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Maka murid-muridnya menjawab kapas, angin, debu dan daun-daun. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah 'meninggalkan solat'. Benar dan maklum sekali kata-kata Imam Ghazali. Gara-gara urusan dunia, ramai yang terlepas atau sengaja melepaskan diri daripada solat fardhu. Semoga kita jauh dari termasuk dalam golongan ini.

Keenam: "Apa yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang..Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana lidah tidak bertulang, maka tanpa kita sedari atau sedar tapi sengaja, ada di antara saudara atau rakan-rakan kita yang sakit hati, terasa hati dan sebagainya. (Saya mohon maaf siap2 dekat sini bagi sesiapa disini yg pernah terasa hati dengan kata-kata saya).

Mungkin ada di kalangan kita yang pernah mendengar dan membaca tentang 6 pertanyaan Imam Ghazali ini. Tetapi mungkin ingat-ingat lupa. Maka saya berpesan pada diri sendiri dan saudara-saudara saya disini, selalulah kita membaca kisah-kisah anbiya', para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in (golongan pengikut tabi'in) kerana ada iktibar yang sepatutnya menjadi panduan dalam kehidupan seharian. Dan Al-Quran itu sendiri adalah kitab terbaik yang lengkap dengan kisah-kisah anbiya', kaum-kaum dilaknati Allah dan sebagainya. InsyaAllah.

Sekian. Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN