"Bukan nak menunjuk yang kita ni baik sangat, cuma nak ikut apa yang Rasulullah tunjuk dan ajar"

Itulah antara kata-kata my eldest bro yang terakam dalam kotak minda saya.


2 minggu telah  berlalu sejak saya kembali dari kampung halaman. Alhamdulillah dalam tempoh cuti selama seminggu itu saya manfaatkan betul2 untuk bersama ahli keluarga tercinta. Banyak iktibar dan ilmu yang saya garap sepanjang cuti tersebut. Dan Alhamdulillah, saya berpeluang berjumpa dengan abang yang sulung beberapa kali. Kebetulan pada bulan Ramadhan beliau berehat daripada mengajar di kelas2 pengajian kitab di Kedah dan Perlis. Sungguhpun begitu masanya masih juga terhad. Jadualnya beralih kepada program penambahbaikan diri sendiri. 

Saya secara perbadinya kagum dengan abang yang sorang ni. Impressed with his discipline. Saya sempat melepak di pondoknya selama dua hari. Lepas terawih dia akan pergi ke rumah seorang sahabatnya yang mahir bahasa Arab iaitu Ustaz Baihaqi untuk mendalami ilmu bahasa Quran dengan harapan dia lebih fasih dengan kitab2 Arab yang tak berbaris. Something to note here, ramai yang boleh berbahasa Arab tapi sedikit yang boleh membaca dan memahami kitab2 dalam bahasa Arab. Susah kan? Tak bermakna tak boleh dikuasai. It takes time though. Kitab yang diajar oleh abang saya merupakan kitab Melayu Jawi klasik, berbelit-belit jua bahasanya. Memerlukan kupasan yang detail. Tak ramai ustaz-ustaz sekarang yang boleh mengajar menggunakan kitab Melayu klasik since material tersebut tak digunapakai di kebanyakan IPT sekarang. ‘Ala kulli hal, masing2 ada kelebihan. Berbalik pada rutin Ramadan abang saya seperti yang diceritakan kakak ipar,  pada sebelah pagi hingga lepas Zohor, dia akan manfaatkan masa dengan menghafal hadis, kitab, dan Quran. Sebelah petangnya, dia akan tolong kakak ipar sediakan juadah iftar.

Selain disiplin terhadap ilmu, beberapa perkara yang jelas pada saya ialah dia seorang yang sangat menghargai ilmu dan he is a good listener. Very good one I must say. Ceritalah tentang ilmu apa pun, dia akan dengar dengan khusyuk dan penuh minat. Satu lagi, dia seorang yang sangat tawakal dan optimis. Abang saya ni kuat memboikot produk2 company yang menyumbang kepada ekonomi Amerika, Britain dan terutamanya Israel. Minyak kereta dia Petronas sahaja okay..huhu.. So, kadang2 kalau travel jauh, minyak kurang, series dia takkan stop kat Shell ke BP ke. Dia akan cari Petronas jugak. Selalu jugak berlaku time kereta kekurangan minyak, tapi katanya, tawakal ja la sampai jumpa Petronas, Alhamdulillah Allah tolong. Teringat pulak saya dengan kisah Ustaz Uda, bekas ketua ulama’ Malaysia dan pendakwah bebas yang datang ke Vista bulan lepas. Saya dapati, ustaz ni banyak persamaan dengan abang saya. Kata beliau lebih kurang, tawakal itu sama ertinya bergantung kepada Allah. Pernah satu ketika, keretanya hampir kehabisan minyak, dah dekat E jarum penunjuk aras minyak, maka cerita Ustaz Uda, dia pun memanjatkan doa dengan penuh pengharapan agar sampai at least kat stesen Petronas atas keyakinan, yang menentukan sampai atau tidak ke destinasi adalah Allah bukan kereta. Kalau tak sampai, katanya, mungkin Allah nak suruh saya exercise, bakar kalori dalam badan, kasi badan sihat sementara mencari stesen Petronas. LOL. Suka dengar kisah-kisah orang yang mujahadah di jalan Allah. Ada iktibarnya untuk meniupkan semangat dan keyakinan kita tentang janji Allah terhadap orang yang berjihad di jalan-Nya.

Alhamdulillah dalam keluarga saya ada seorang yang boleh membimbing kami adik beradik. Mak ayah cerita, abang saya dari kecil merupakan seorang yang nakal, degil dan liar. Saya juga sempat hidup pada zaman belianya. Seriesly, we all adik beradik menyampah dengan perangai dia. Saya ingat lagi, saya dan adik selalu jadi mangsa ketuk kepala. Kitorang tak berani langsung nak melawan cakap dia. Suka mengarah orang, garang tahap maksima, panas baran! Ada hikmah Allah transform kan dia. Kalau tak teruk lah kami adik beradik. Syukur ya Allah. Walaupun kelihatan garang (dah memang original garang.. huk2), tapi dalam banyak perkara dia banyak bersabar dan diam. Saya pula yang kadang2 berkeras dan meninggikan suara dengan dia..erk.

Sempat jugak beberapa kali saya dan adik beradik lain belajar tauhid dan fiqh ibadat dengan dia but tak penah sempat khatam kitab sebab lepas SPM, masa saya banyak kat KMKN then UUM, and skarang UM. Harap Allah beri kesempatan untuk habis belajar kedua ilmu asas tersebut agar sahih i'tiqad dan sahih ibadat. 

Semoga Allah tetapkan kami sekeluarga dalam alur cahaya petunjuk yang benar. Semoga Allah satukan kami di dalam Jannah-Nya. Amin.

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN