Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, kekasih yang merindui dan dirindui umatnya.
Alhamdulillah, di saat dan ketika ini kita masih berupaya menjalani ibadah puasa yang difardhukan ke atas Muslim, yang hari ini telah pun masuk hari yang ke 25. Moga beroleh rahmat dan maghfirah Allah di malam lailatul qadar, 1 malam yang lebih baik drpd 1000 bulan bersamaan 83 tahun.
(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak pula menurut angan-angan ahli kitab. Barang siapa mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah. (An-Nisa: ayat 123).
When I came across the ayaat while reciting Quran, tergerak hati untuk relate kan ayat tersebut dengan perihal kita pada hari ini.
Bila sebut pasal Mat Jenin, pasti berlegar di kotak minda bayang seorang lelaki yang sedang memanjat pokok kelapa sambil berangan-angan untuk membeli kambing, lembu, memiliki pesawat sendiri dan berkahwin dengan puteri raja seperti yang diceritakan mak saya. Akhirnya, dek leka dengan angan-angan, Mat Jenin jatuh dari pokok kelapa dan mati bersama angan-angannya. Sadis...
Begitulah halnya dengan umat Islam pada hari ini. Ramai yang berangan-angan untuk masuk syurga, memiliki singgahsana agung di akhirat kelak, tetapi berapa kerat saja yang betul-betul berusaha ke arah itu. Malahan ramai yang meninggal tapi belum sempat melakukan perkara-perkara yang melayakkan mereka untuk ke syurga Allah. Subhanallah...kita berlindung daripada termasuk dalam golongan tersebut.
Ditafsirkan bahawa, pahala itu bukan menurut angan-angan dan cita-cita, tetapi sesuai dengan ketentuan agama.
Saya peringatkan diri sendiri dengan kata-kata ini:
Kalau anggota tubuh badan berat untuk menyungkur sujud solat pada Allah, maka ia tidak akan ringan apabila merentasi titian siratul mustaqim. Kalaulah kaki berat menapak ke majlis-majlis ilmu, jangan berangan kaki yang sama akan pantas menuju ke syurga Allah.
Sahabat-sahabat saya seakidah, firman Allah dalam satu surah, fastabiqul khairat! Berlumba-lumba lah dengan perkara-perkara yang membawa kebaikan.
Pelik dengan sesetengah Muslim yang dengan bangganya mengaku jahil dan tidak beriman, tetapi langsung tak ada inisiatif untuk keluar dari status jahiliyyah tersebut.
Hairan dengan Muslim yang dengan riak menceritakan aku buat maksiat itu ini sedangkan Allah telah menutupi aib perbuatannya itu, maka dia telah lari daripada rahmat Allah secara rela hati.
Ajaib dengan Muslim yang sakit hati dengan orang yang buat benda baik, padahal dia boleh je buat.
Kesimpulannya, jadikan angan-angan kita sebagai satu realiti.
Yang baik itu adalah fitrah Muslim, yang jahat itu fitrah Syaitan.
Wallahua'lam.



0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN