In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..
Peace and blessing be upon Rasulullah S.A.W, and his family, companion and those who follow him.
The title for this entry is not particularly refers to anyone but since zahid and zuhud are two words that bring the same meaning (collectively) and interchangeable, hence i put these two words in dialog form to indicate some different. I got confused too, sometimes.
But, isn't it nice if there is someone who named Zahid and he is zuhud too? (^^). InsyaAllah..
Perkara yang menarik hati dan menguatkan azam saya untuk menulis nota kali ini ialah berhubung dengan perbincangan tentang sebuah hadis Rasulullah S.A.W tentang sifat-sifat hamba Allah yang zuhud (az-Zahidin).
Seingat saya, wujud persepsi negatif sesetengah pihak tentang zuhud. Antaranya, ada dialog seperti berikut yang pernah tercapai oleh pendengaran saya:
“Kalau aku zuhud dengan dunia, asyik pikir pasal akhirat, asyik pikir nak mati je, anak bini aku nak makan apa?”
Astaghfirullah..sesempit itu pemikiran seorang Muslim terhadap agamanya sendiri. Bak kata abang saya: Jalan agama Allah itu luas tetapi kadang-kadang pemikiran sempit kitalah yang menyempitkan dan menyukarkan diri sendiri untuk menjalani kehidupan berlandaskan agama (diolah sikit bahasanya sebab loghat Kedah piaw paham2 je la..:P)
Islam tidak melarang penganutnya mencari kekayaan dunia. Carilah harta sebanyak mana yang termampu selagi jalan mendapatkan harta itu sah di sisi syarak. Contoh teladan yang baik telah termaktub dalam kisah-kisah para sahabat. Antara sahabat Rasulullah S.A.W yang hartawan ialah Saidina Uthman bin ‘Affan, Abdurrahman bin ‘Auf, Amru ibnu al-Jamuh dan yang lainnya.
Tetapi AWAS!
Jangan sampai harta kekayaan yang kita miliki menjadi penyebab renggangnya hubungan kita sesama manusia apatah lagi dengan Allah Ta’ala.
Maka, disinilah bermulanya coretan saya tentang zahid atau zuhud.
Dari sudut bahasa, zuhud berasal dari ‘zahada’ yang bermaksud meninggalkan atau menjauhi. Dan menurut istilah (dari cabang ilmu tasawuf) pula, ia membawa maksud memalingkan wajah atau hati daripada kesenangan kehidupan duniawi, atau menjauhi penyakit wahan (cinta dunia) pada hati dalam usaha mendekatkan diri pada Allah.
This is about wealth and heart.
Berpaling daripada kesenangan bukan bererti menolak sebulat-bulat akan harta dan kesenangan. Sahabat-sahabat (radhiallahu’anhum) yang saya sebutkan tadi merupakan golongan hartawan tetapi mereka hati mereka bukanlah pada harta mereka. Hati mereka tertumpu pada ibadah atau amalan yang mendekatkan diri dan menambahkan kecintaan mereka kepada Allah. Mereka sanggup infaq kan seluruh harta ke jalan Allah. MashaAllah…
Orang-orang yang zuhud, oleh kerana hatinya sentiasa tertumpu dengan hal akhirat tidak akan keluh kesah, resah, gundah gulana sekiranya ditimpa musibah, bahkan mereka redha dengan musibah dari Allah kerana musibah adalah tanda cinta dan kasih saying Allah bahawa Dia sedang menguji tahap keimanan seorang hamba…
Orang-orang yang zuhud tak ‘kembang’ dengan pujian dan tak terkesan dihatinya dengan celaan orang yang mencela. Kita? Memang tak terbanding. Pantang dipuji, kembang…pantang dicela, naik berang..Ya Allah, jauhnya kita dari sifat zuhud =(.
Zuhud adalah tingkatan atau darjat hamba-hamba Allah yang Muqarrabin iaitu orang-orang yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah. Muqarrabin adalah darjat tertinggi dalam hirarki tingkatan iman. Dan mereka kebanyakan adalah orang-orang yang terdahulu beriman kepada Allah termasuklah para Nabi dan Rasul.
Di dalam Risalah Qusyairiyah disebutkan bahawa Imam Ahmad Ibnu Hanbal membahagkani zuhud kepada 3 kategori (Dipetik dari: arisandi.com):
- Zuhud orang awam (kita lah): menjauhi harta yang haram
- Zuhud orang khawas: memalingkan muka dari harta yang halal, hal ini dilakukan demi untuk konsentrasi dalam ibadah, taqarrub ilallah SWT.
- Zuhud orang ‘arif, meninggalkan harta benda yang dapat mengganggu kepentingan akhirat.
Teringat pula saya dengan tazkirah ayah,
“Dunia ini tempat bercucuk tanam supaya kita boleh tuai hasilnya di akhirat nanti. Maknanya, semasa hidup ni kita kena la berusaha mencari harta agar kita boleh memberi zakat, boleh bersedekah, wakaf dan sebagainya. Bayangkan kalau kita wakafkan tanah untuk dibina masjid atau pondok (madrasah tempat belajar agama), selama mana orang menggunakan masjid untuk sembah Allah, dan selama mana pondok itu berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu agama maka selama itu lah kita menerima ganjaran dari Allah sehinggalah hari kiamat. Kalau kita miskin kita tidak mampu untuk infaq harta ke jalan Allah..modal yang kita ada hanyalah ibadat.”
Ada satu hadis yang ayah saya sebut tentang nasib golongan miskin dan kaya di akhirat nanti yang membawa kepada huraian di atas tapi saya tak ingat hadis selengkapnya..
Dan teringat pula a story-telling by my elder bro tentang seorang sahabat yang memiliki kebun kurma. Pada suatu hari, sahabat tersebut menunaikan solat di kebunnya..ketika beliau sedang solat, seekor burung terbang dan hinggap dari pohon ke pohon lain di kebun kurmanya dan membuatkan beliau tidak khusyuk..oleh kerana kebun itu adalah asbab hatinya tidak khusyuk, maka sahabat ini memutuskan untuk mensedekahkan kebun tersebut..MashaAllah..Allahu Akbar…Inilah sifat al-zahidin, mereka meletakkan urusan akhirat mengatasi segala apa yang dimiliki di dunia.
And another story from my thesis supervisor tentang seorang wanita di zaman Rasulullah S.A.W yang mempunyai beberapa orang anak..seorang demi seorang anaknya syahid di medan perang tetapi beliau tidak menangis berkeluh kesah sehinggalah apabila tiba anaknya yang terakhir syahid..maka beliau menangis..bukanlah tangisan itu kerana kasih sayang yang lebih untuk anak tersebut tetapi beliau menangis kerana sudah tidak punyai anak untuk dihantar berjihad di medan perang...Allahu Akbar!
Akhir kata, sama-samalah kita berusaha memupuk sifat zuhud dalam diri. Dalam kita mengejar kesenangan dunia, seiringkan dengan matlamat kita untuk kehidupan di akhirat kelak..kehidupan di sana adalah abadi dan janganlah kita termasuk dalam golongan yang rugi dan muflis di akhirat.
Wallahua'lam bissawab.


0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN