In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful
Peace be upon as-Sayidul anam Muhammad S.A.W. wa ashabih r.a.
Alhamdulillah..tergerak hati untuk m’bicarakan persoalan hidup dalam kontek Islam. Dah lama betul sy tak update blog SUTERA HIJAU ni..(blog satu lagi bleh plak update slalu..ish3). ‘Ala kulli hal, kpd Allah sy bersyukur di atas taufik-Nya.
Kata orang, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Orang skarang suka sangat memutarbelitkan ayat tersebut (sy pun, kadang2 and suka2).
Teringat sy akan satu hadis Qudsi daripada Hadis 40 iaitu hadis ke-39 (kalau tak silap) yang menerangkan tentang ganjaran untuk niat dan amalan.
Berdasarkan firman Allah dalam Hadis Qudsi tersebut, dapat dirumuskan bahawa:
- Jika seseorang berniat melakukan kebaikan, kemudian tidak dilaksanakan, Allah akan catatkan niat baik org itu sebagai satu kebaikan sempurna disis-Nya (selagi dia terus berazam melaksanakannya).
- Jika dia berniat melakukan kebaikan dan kemudian melaksanakannya, nescaya Allah menulis kebaikan itu disisi-Nya dengan 10 - 700 kali ganda
- Jika dia tergerak hati melakukan satu kejahatan, kemudian tidak melaksanakannya (kerana Allah), pastilah Allah menukarkan kejahatan yang tak dilaksanakan kerana ingatannya kpd Allah sebagai satu kebaikan yg sempurna disisi-Nya.
- Jika dia berniat berbuat kejahatan dan kemudian dilaksananya kejahatan itu, nescaya Allah menuliskan satu kejahatan sahaja.
Worth noting here that hadis Qudsi adalah hadis yang langsung drpd Allah ‘Azza wa Jalla yang disampaikan oleh Baginda S.A.W. Melalui hadis tersebut, jelas kpd kita akan betapa pemurahnya dan betapa sayangnya Allah kpd kita..Allah tahu kelemahan umat Nabi Muhammad S.A.W. Kita terdedah dengan pelbagai bentuk kejahatan atau kemaksiatan di dunia mutakir ini. Maka Allah lipat gandakan pahala bagi setiap satu kebaikan semoga ia akan memberatkan timbangan neraca hisab nanti.
Having said that, kenapa kita lokek atau malu atau malas untuk berbuat baik?
Sebenarnya, apa yang kita cari adalah redha dan perhatian manusia tetapi redha dan perhatian Dia dikemudiankan. Durhakanya kita kpd Tuhan yang mentakdirkan kewujudan kita, menjaga kita ketika di dalam rahim ibu yang gelap dan sempit, memberi apa yang kita minta, melindungi kita dari bahaya dan malapetaka saat kita tiada pelindung. :'(
Siapa yang lebih dekat dengan kita selain Dia? Yakinkah kita dengan pemerhatian, pendengaran dan pengawasan Dia sehingga sanggup kita berbuat maksiat di hadapan pandangan-Nya?
Ya Allah, tiada yang dapat mengampunkan dosa2 kami selain Engkau. Dahsyatnya dosa dan kesalahan kami. Betapa kami hamba yang tidak mengenang budi. Kami patuh, tunduk, akur dan hormat dengan orang yang berkuasa di kalangan kami. Tapi kami ingkar, bantah, lalai dengan perintah-Mu. Kami datang menghadapmu dengan khusyuk dan tawadhu’ saat kami kesusahan dan saat memerlukan pertolongan-Mu tetapi kami alpa dan lalai dari mengingati-Mu setelah kami senang dan mendapat apa yang dihajati. Jika hayat Baginda S.A.W dan para sahabat masih ada, pastinya mereka marah dan sedih dengan sikap dan perbuatan kami terhadap-Mu kerana bagi mereka Engkaulah Kekasih yang agung sedangkan di hati kami begitu kecil ruang untuk mengingati-Mu. Ya Allah, tolonglah kami untuk terus mengingati-Mu di kala susah dan lebih2 lagi di kala senang, tolonglah kami dalam ibadat kami kepada-Mu. Ya Allah, kurniakan kami ilmu mengenal-Mu agar hadir rasa takut, hormat dan kasih kpd-Mu.
Maka apakah tahap ilmu makrifatullah kita? Sejauh mana kita mengenal Dia selain nama-Nya?
Tepuk dada, tanya hati dan nilailah diri kita masing2.
Jika pengetahuan tentang sifat-sifat Allah masih F, dari sumber mana akan datangnya rasa takut dan kasih kepada Allah.
Sama-samalah kita tuntut ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah iaitu Tauhid) di samping ilmu yang sahih untuk memperbetulkan khilaf dan salah faham kita dalam ibadat terutamanya ibadat rukun, iaitulah; ilmu Fiqh.
Kita dah ada Sijil SPM, STPM, matrik, ijazah, master dan lain-lainnya untuk berada pada kedudukan kita sekarang, maka apa cagaran kita untuk berada di dalam Jannah Allah? Sama-sama kita tafakur.



0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN