How fast the time pass by...sehinggakan tidak sempat ku menulis di blog ini. Cuma sempat baca blog orang lain..
Difikir-fikir, alangkah ruginya masa yang telah berlalu itu kerana tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Honestly, banyak hal dunia yang disibukkan berbanding hal akhirat. Astaghfirullah...apa nak jadi?
Bersambung...
Mengantuk la plak mata ni..hmm..apa nak jadi? Semoga masih ada hari esok untuk si fakir ini untuk ku panjangkan bicara..tentang MASA.
24/04/09
Puisi spontan..ilham pagi..tiba-tiba rasa nak berpuisi.
Pagi yang indah...
Cuaca yang cerah...
Ku mulakan bicara..
Bukan dengan suara..
Kerna ku tahu diri ini lemah..
Harapanku, semoga ada hikmah..
Aku bukan selayaknya insan untuk berbicara tentang masa..
Kerana kadang-kadang aku juga gagal mematuhi masa. Dalam 24 jam sehari, banyak masa yang perlu diperuntukkan..antaranya:
1) Masa bersiap nak p kerja.
2) Masa nak punch kad (ni yang paling kelam-kabut. Takut merah)
3) Masa makan
4) Masa rehat (huh..terlalu sedikit)
5) Masa untuk blogging (ni pun hujung minggu je sempat)
6) Masa untuk bersosial (dengan masyarakat setempat, e.g: jiran sebelah)
7) Masa tidur (sangat terhad)
Dan banyak lagi masa-masa untuk aktiviti-aktiviti lain.
Dalam surah Al-'Asr Allah telah bersumpah
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian."
Ya, memang ramai manusia yang rugi dan ada yang muflis dalam sehari biarpun dia seorang jutawan, pemerintah atau kerajaan, raja, penguasa dunia, penulis blog (ehem..ape nak jadi?) dan sesiapa sahaja. Rugi yang dimaksudkan ialah bukan rugi harta kekayaan atau perniagaan. Tetapi rugi kerana masa yang telah digunakan. Habih tu, siapa yang untung?
Orang yang beruntung ialah mereka yang sentiasa dalam keimanan, yang sentiasa mengerjakan amalan baik-baik, yang sentiasa berpesan dengan kebenaran beserta kesabaran.
Marilah kita berusaha untuk menjadi salah seorang dari orang-orang yang beruntung seperti yang dimaksudkan di dalam surah Al-'Asr.
Tatkala kita alpa dengan hal-hal dunia, kembalilah kita kepada peringatan tentang masa.
Masa sentiasa mendahului kita. Sedetik yang berlalu tidak mampu dikejar. Dan hingga ke hari ini, tiada mesin atau pengangkutan yang canggih untuk membawa kita ke masa lampau.
Masa adalah kenderaan yang membawa manusia ke alam seterusnya. Bilakah perjalanan manusia di dunia akan berhenti?
Jawapannya: Apabila masa yang diperuntukkan baginya telah tamat. Iaitu MATI (Segalanya dalam ilmu Allah Ta'ala).
Wallahua'lam bissawab.
Admin
Deskripsi Blog
Blog Sutera Hijau dibangunkan sebagai medan
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
Jumlah Akses
Laman Sosial
Rakan Blog
Indeks
- Al-Kisah (3)
- Fakta (1)
- Hari Guru (1)
- Isu (2)
- Jangan tak bace (1)
- Jom ubah sikap... (3)
- kebenaran (1)
- lonely is dangerous (1)
- Mana-mana ada jin (1)
- mari berdakwah... (1)
- Mari muhasabah diri (3)
- Pengetahuan (1)
- Rinduku..bilakan terubat (1)
- Surat cinta (1)
- Tentang cinta (1)
- zuhud (1)
Blog Bacaan
-
-
-
Dunia Baru (Part 3)8 years ago
-
-
Israk Dan Mikraj Daripada Hadis-hadis Sahih10 years ago
-
ReSePi : PaVLoVa11 years ago
-
When....12 years ago
-
Pintu Syurga VS Pintu Neraka12 years ago
-
To be the best13 years ago
-
Kuih Tepung Gomak15 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN