Kecewa, sedih dan geram dengan gelagat anak remaja Melayu abad moden ini yang sanggup menyerahkan segala-gala demi cinta (Cinta atau nafsu?) terlarang. Secara peribadinya sy berpendapat bahawa cinta anak remaja sekarang diliputi dengan nafsu serakah disebabkan byk terdedah dengan video2 lucah yang diedarkan oleh mereka yang tak kisah cari rezeki dengan cara yang batil. Berapa ramai anak2 pompuan sekarang yang telah hilang dara? berapa ramai anak2 lelaki yg masih teruna?
Inikah pemuda2 pewaris bangsa? yang rosak akhlak, merempit sana-sini, heret anak dara orang merata tempat, yg penagihnya, yg gangsternye, samseng, kaki buli (BULI JE BALIK), kaki pukul orang, perompak, peragut (peragut rumput takpe) dan macam-macam lagi spesies yang tak berguna di Malaysia boleh kita temui di kompleks beli belah, stadium, atas jalan, tepi longkang, bawah jambatan, dalam kebun orang, atas pokok daun ketum, di pub atau disko dan lain-lain. Anak sapa tak tau? Ape kejadahnye ini? Kalau spesies2 ini lah yg akan memimpin Malaysia pada masa depan, alamatnya lingkuplah negara ni.
(Hmmmhh...emotional plak..tu la..geram punya pasai, BACK TO BASIC)
Cinta itu tidak buta, manusia yang buta sebenarnya...inilah manusia jaman sekarang, bila jatuh cinta, angau, mula nak salahkan cinta...ADE APE DENGAN CINTA? cinta bukan makhluk bernyawa...cinta adalah perasaan, cinta itu suci jika didasarkan dengan syariah dan cinta agung adalah cinta yang diserahkan hanya kepada Khaliq.
Cinta itu indah...sangat indah...teramat indah...dan lagi indah jika halalan thoyibah. So, tiada jalan untuk bercinta melainkan anda kena kawen dulu...inilah jalan yang diberkati. Inilah yang dianjurkan Islam. Islam itu mudah jika anda mempermudahkan diri untuk menerimanya, dan jadi susah jika anda mempersusah diri untuk tidak mahu menerimanya.
Pada saya, percintaan boleh dikelaskan kepada dua kes iaitu:
KES PERTAMA: Bercinta hanya untuk suka-suka.
- Ini adalah kebanyakan kes bagi anak-anak remaja sekarang yang berumur 12 - 20 tahun.
- Berpandukan pemikiran yang singkat, pengetahuan agama yang cetek dan keinginan yang melonjak menyebabkan golongan remaja cenderung menonjolkan diri untuk menarik perhatian agar mudah mendapatkan pasangan.
- Bila diutarakan soal kahwin kepada couple2 remaja, respon mereka:
1) Muda lagi, kami nak enjoy dulu..
2) Soalan apa ni?
3) Alah..kami kawan biasa je..
4) Kahwin? Oh..no, parents I mengamuk nanti.
5) Kahwin lambat lagi..nak tunggu grad dulu.
6) Kahwin? Tak terpikir la plak..
dan macam-macam lagi la..
- Salah siapa?
1) Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan...
Maka, didikan dan bimbingan dari rumah terutamanya daripada ibu bapa adalah faktor utama yang mencorakkan keperibadian seseorang.
2) Media. Era ini, terlampau banyak pededahan maklumat tentang gaya hidup artis-artis yang jelas menyimpang daripada hukum Islam meskipun kebanyakan mereka adalah Muslim.
3) Salah tuan punya badan. Tidak bijak mengawal keinginan diri dan perasaan. Sengaja mengheret diri ke lembah binasa. Bila putus cinta, mula la rasa nak mati..ntah pape.
KES KEDUA: Bercinta untuk mencari pasangan serasi.
Ada yang berkata; "bercinta la dulu, kalau serasi..go on je la, kalau tak serasi, just leave..cari lain.."
Kes ni konon-konon macam buat eksperimen jugak la.
Nasihat dari seorang ustazah:
" Tak usahlah sibuk-sibuk mencari pasangan yang sesuai. Sebaliknya, perbaikilah diri sendiri dari segi pengetahuan agama, amalan dan akhlak. Insya Allah, pasangan yang baik dan sesuai akan dijodohkan kepada kita. Firman Allah yang bermaksud: ...dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.."
Maka, eloklah kita berpegang kepada nasihat ini di samping usaha kita memanjatkan doa kepada Allah agar menganugerahkan kepada kita pasangan yang soleh atau solehah dan dikurniakan zuriat serta keturunan yang soleh solehah juga.
Sekian. Wallahua'lam.
Admin
Deskripsi Blog
Blog Sutera Hijau dibangunkan sebagai medan
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
perkongsian ilmu dan maklumat melalui penulisan *formal atau **informal.
Jika anda dapati ada unsur percanggahan dari segi hukum, nas dan ijmak, sila maklumkan dan berikan komen yang konstruktif kerana Admin bukanlah orang yang ahli dalam mana-mana ilmu, kecuali dalam bidang yang sedang dipelajari dan dikaji iaitu Ekonomi dan Kewangan Islam. In syaa Allah.
Segala yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri Admin dengan izin Allah jua.
Jumlah Akses
Laman Sosial
Arkib
Rakan Blog
Indeks
- Al-Kisah (3)
- Fakta (1)
- Hari Guru (1)
- Isu (2)
- Jangan tak bace (1)
- Jom ubah sikap... (3)
- kebenaran (1)
- lonely is dangerous (1)
- Mana-mana ada jin (1)
- mari berdakwah... (1)
- Mari muhasabah diri (3)
- Pengetahuan (1)
- Rinduku..bilakan terubat (1)
- Surat cinta (1)
- Tentang cinta (1)
- zuhud (1)
Blog Bacaan
-
-
-
Dunia Baru (Part 3)8 years ago
-
-
Israk Dan Mikraj Daripada Hadis-hadis Sahih10 years ago
-
ReSePi : PaVLoVa11 years ago
-
When....12 years ago
-
Pintu Syurga VS Pintu Neraka12 years ago
-
To be the best13 years ago
-
Kuih Tepung Gomak15 years ago
-
-
Labels:
Tentang cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comments:
entahla...setiap orang ade pendapat yg memang berbeza...tpi,semua depands kt diri sendiri...
Post a Comment
KoMeN aNda diAlukaN