Hari ini, saye ingin berkongsi idea dan maklumat dengan bantuan ilham dari Allah Ta'ala...semoga memberi manfaat

Dengan lafaz Bismillah...

Eh, eh! dah masuk waktu zohor laa..break dulu na..
(after 20 minutes...)
okeh sambung..

Perkara 1: YANG PERTAMA DAN PENTING (first and foremost)

Apa yg pertama dan penting tu? Itulah dia NIAT...banyak lg perkara yang pertama dan penting tapi saya mulakan dengan bab niat.

Al-maklum, saudara/i dah tau soal niat ni kan...hadith Rasulullah berkenaan niat pun barangkali semua dah hafal. So, sy tak mo citer panjang. Saya hanya nak berkongsi pengalaman...

Sememangnya niat sangat penting sebelum memulakan sesuatu perkara, that's why sy kata "yang pertama". Amal yang baik seharusnya dimulakan dengan niat yang baik. sesuatu perkara yg dibuat tanpa niat kerana Allah, bukan ibadah.

Ayah sy suka ingatkan pasal niat. Niat yang baik even kita belum mampu melakukannya, dah dapat pahala. Niat yang baik akan dipermudahkan Allah untuk menunaikannya...Sy bagi contoh dari pengalaman sy sendiri...semoga ada iktibarnya:

> Pada hari pertama sy akan menjejakkan kaki ke sebuah universiti, ketika hendak memulakan perjalanan...berlangsunglah dialog antara ayah dan sy:

Ayah: haa...hang niat la masuk u sebab nak menuntut ilmu, kerana ALLAH
Saye: (diam je...) niat kan dalam hati takkan nak cakap kuat-kuat plak..maluler
Hati saye: Ya Allah, aku masuk u kerana-Mu ya Allah, supaya nanti aku boleh tolong umat dan bangsa seagama. Ya Allah, aku nak dapatkan ijazah first class ya Allah..aku nak balas jasa mak ayah...

Alhamdulillah...BUKAN NAK BELAGAK SOMBONG, tapi sepanjang pengajian saya di universiti, banyak sekali pertolongan Allah...sehingga saya berjaya kekalkan pointer 1st class. Justeru ini meyakinkan saya tentang pentingnya niat.sekarang dah grad. Thank you Allah...

Baru-baru ni...time sembang dengan mak dan ayah, ayah saya sebut kembali tentang niat:
Katenye (dengan loghat Kedah pure):

"Kita ni buat apa pun kena niat, kalau tak niat tak dapat apa la...sebenarnya banyak benda yang kita buat mengikut sunnah nabi...(ye laa Rasulullah pun human being gak) contoh kalau kita gosok gigi atau bersiwak, nabi pun buat lagu tu...cuba kita niat, AKU BERUS GIGI NI SEBAB NAK IKUT SUNNAH NABI...haa..dapatlah pahala, mau kalau pakai dok berus ja, tak dapat pa la...tapi kalau bab wajib memang dah wajib niat, perkara rutin yang kita buat selalu tu pun niat jugak lah baru berkat..."

Mau tunggu apa lagi??? Mulakan rutin anda dengan niat kerana Allah dan jngn lupa Bismillah.


Perkara 2: DOA UNTUK SAHABAT, KAWAN2 DAN GURU

Tiba2 ja teringat pasai doa...
Nape saya tak tulis----Doa untuk ibu bapa dan ahli keluarga? muslimin dan muslimat? mukminin dan mukminat?
Sebab benda ni tak yah diperingat, memang u all sebut punya masa doa lepas solat, version Arabic lagi...

Susah nak cari kawan yang mendoakan kawannya, tapi saya buat benda ni apabila melangkah alam universiti...sebab ada pensyarah saya yang selalu bagi tazkirah sebelum mulakan kelas..baik sangat.

Katenye (seingat sy begini lah): "kamu masa doa jangan doa untuk kejayaan kamu saja, doakan untuk kawan2 kamu sekali...sebab doa tu nanti akan terpantul dekat kamu jugak."

Betul2, kalau kita tolong doakan untuk orang lain dengan ikhlas, malaikat akan tolong doakan untuk kita plak sebenarnya.

Saya slalu doa geng2 saya dapat capai apa yang saya miliki...sy bahagia kalau sahabat sy berjaya. Saya juga dokan sahabat dan kawan2 sentiasa dalam lindungan dan bimbingan Allah supaya malaikat akan doakan saya seumpama itu. Saya juga doakan spy tiada kawan2 yang berhati busuk dan dengki negatif dengan kebolehan saya. Dengki positif takpe. Kita diberi kelebihan untuk detect orang yang dengki dengan kita, air muka menceritakan segala-gala...usah berselindung. Saya tidak dengki dengan kecantikan kawan2 malah berbangga sebab dapat kawan dengan orang cantik, tapi saya menyampah (buat reaksi apek senario sket) dengan orang yang cantik dan perasan serta riak dengan kecantikannya..Astaghfirullah!

Kedua, doalah untuk guru-guru atau pensyarah supaya lembut hati dengan kita dan supaya Allah yang Maha Pengasih mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam hati mereka kepada kita.

Tips: Setiap kali lepas exam tak kire la mid term or final, doalah semoga Allah memberi ketenangan kepada pensyarah yang menanda kertas jawapan kita, dan supaya dia rasa murah hati dengan kita.. saya slalu praktik perkara ni, kadang2 terlampau risau, solat hajat terus ja. Kita kena yakin bahawa Allah pemilik hati-hati manusia, dia berkuasa melembutkan atau mengeraskan hati. Mintaklah pada Allah bukan pada lecturer tu...saya tak pernah mintak lecturer tambah markah sebab tak tau hati budinya mcm mana...ada sesetengah lecturer yg lagi kita bodek, lagi dia cacatkan markah kita...manusia ni macam2 kerenah..terime je la..tinggallah sikap suke membodek. Barangkali orang yg dibodek mual tengok sikap begitu, tapi kalau kita bodek dan merayu-rayu sama Allah, Dia tak pernah jemu mendengar rayuan kita malah lagi suka.

Nak taip ape lagi ekkkk????

Haa...tiba2 ingat pasal MENIRU.

Perkara 3: MENIRU EXAM OR UJIAN AND HOMEWORK.

Terus terang saye cakap, mase sekolah menengah dulu...saye kuat juge meniru. Subjek yang saya kuat meniru ialah Perakaunan dengan Add. Math. Dulu..saya lemah bab calculation. bab menghafal saya terer. so kalau cikgu bagi latihan, tak dapat buat, p sekolah awal pagi ambik buku kawan tirula..tunggu apa lagi..hehe..nakal betul.Tapi Saya tak pernah meniru dalam exam. Pernah sekali saya meniru dalam exam pertengahan tahun subjek math, sy tiru jawapan akhir je, jalan kira tak sempat...compem cikgu dapat detect. Kene panggil, luckily cikgu cina tu baik..Tebai betoi muka i. Pastu dah serik...

Masa kat matrik, cikgu slalu buat test...kedudukan kami dalam kelas adalah secara berkumpulan..pernah satu hari saya tak budget cikgu akaun nak buat test, bila dapat soalan saya tak boleh buat hampir sebahagian...saya kuatkan diri untuk tidak meniru..walaupun duduk dalam kumpulan and pada masa tu cikgu keluar kejap..tensen giler...lepas masa menjawab tamat, sy tumbuk meja sekuat hati sebab geram (kecik2 pun ganeh juge yer). saya menangis semahu-mahunya...itulah markah paper akaun yang paling sedikit dalam sejarah. tak silap 58% jek. tapi Alhamdulillah...berkat tidak menipu dengan meniru saya dapat A untuk kedua-dua sem di kolej matrikulasi.

Bila masuk u, sure saya nak bersihkan pencapaian akademik dari unsur gharar dan syubhah...saya nak lihat kemampuan diri yang sebenar. Tambahan plak, lecturer kesayangan sy yang suka bertazkirah tu pernah bagi tazkirah tentang bab meniru:

Katenye (lebih kurang ginilaa..): "Kamu dalam exam jangan la meniru, sebab bila kamu dapat keputusan baik disebabkan meniru, kemudian dengan keputusan baik itu kamu dapat kerja baik, kemudian dapat rezeki, dan dengan rezeki tu lah kamu makan dan bagi anak isteri(suami) makan...(apa kedudukan rezeki tu disisi hukum)?" Buatlah ikut kemampuan kamu, saya selalu mintak Allah bagi rezeki setimpal dengan usaha saya"

Inilah salah satu proses yang menyebabkan hati menjadi keras lantaran memakan rezeki dari usaha yang menipu.

Dari segi hukum: mungkin syubhah, kalau kes berat boleh jatuh kepada haram...lecturer ni memang bagus la, dia kata dia slalu mintak kepada Allah hasil yang setimpal dengan usaha dia, terus terang saya tak mampu, sebab saya tamak dalam mengejar impian. Kalau dalam final exam saya rase bleh dapat B+ je, saya akan mintak Allah berikan lebih baik dengan pertolongan-Nya. Allah itu Maha Kaya dan Pemurah. yang penting yakin.

Ghenti ler meniru...bertaubat la. walaupun ringan pada pandangan anda, tapi besar impaknya...jika anda seorang yang memikirkan kehidupan masa depan, jika anda seorang yang yakin dengan yaumuddin (hari pembalasan), tinggallah aktiviti meniru. Buktikan anda boleh berjaya tanpa meniru...MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA.

0 comments:

Post a Comment

KoMeN aNda diAlukaN